There was an error in this gadget

Tuesday, June 21, 2011

Hahahaha....ada hantu!


Sebulan lebih yang lepas, gue ada pergi menghantar anak buah gue masuk hostel di jalan pudu. Apa kenamanya hostel tu? Fatahna Courts....

masa loading beg2 kain baju dia kat dalam bilik tu, gue dah perasan dah ada 'awek' cantik dok tenungn gue dari penjuru pintu bilik air dan tingkap luar.

Sekali imbas je, sebab tak puas hati gue pergi ke arah toilet tu, takut ntah2 ada orang betul ke tidak...memang kosong. time tu semua student baru masuk mendaftar dan anak buah aku and few of the student yang paling terawal sekali masuk dalam bilik tu. Gue berseloroh ngan anak buah gue yang laki,

"Bad! ko ada rasa apa2 tak? esok2 mau kena histeria budak2 dalam bilik ni...hahhahaha"

"bior je su! bagi derang rasa sket..ko nampak apa su?"

"tu dalam bilik air, ni kat tingkap ni dok bertenggek sekor...x nampak?"

kemudian anak buah aku yang pompuan ni kuar...

"su! ijah dengar su cakap apa tadi....soh la dia pergi su! kang orang kena histeria macam mana?

"tak de maknanya ko nak kena histeria....dia kaco ko aku tampor dia! sebab aku nampak dia dulu..sapa soh dia tunjuk muka depan aku! hahhaha...jangan takut la ijah! dia x berani nak kaco ko...tu budak kurus ngan budak gemuk tu kompom mesti kena nanti....hahhahha"


selang 2-3 minggu lepas tu, aku amik si ijah datang umah sebab nak jumpa baby baru. Dalam keta tu dia cerita...2-2 budak tu mmg dah kena kaco dan ada yang kena histeria....dan penampakan serta tempat yang derang nampak tu sama ngan mana dan apa yang aku nampak sebelum tu..

Gue tanya si ijah, dia ada nampak apa2 x? dia cakap xde. pergi toilet 3-4 pagi pun selamba je..sebab nak tutup paip air yang terbuka sendiri dan budak2 lain takut nak tutup!.. gue pesan kat ijah supaya bagitau kat budak2 yang lain, jaga kebersihan..jangan buang/simpan sanitary pad yang kotor dalam toilet tu lama2, jangan campak keluar dari tingkap belakang tu, jangan duk bilik tidur sorang2 lagi time lepas asar. jangan simpan sisa makanan lama2 dalam umah tu...so kiranya...jaga lah kebersihan umah tu elok2!

Si Ijah dok tanya kat aku kenapa dia tak nampak dan tak dikacau mcm kawan2 dia...

aku tanya...kalau nak no problem!...boleh di urus!..sekali dia ckp x nak...hahhahahha..

ai! ingatkan gue punya 'senses' dah hilang....rupanya ada lagi....alhamdulillah! hahhahahah...






1 comment:

  1. wei benci betul aku gambar perempuan dalam mangkuk toilet tu...heheh buat terkejut je!

    ReplyDelete