There was an error in this gadget

Wednesday, December 29, 2010

kadang-kadang aku rasa macam nak gila....


masa ni aku duk kat flat pkns, kelana jaya...
kadang2 lepas solat isyak kat masjid tabung haji tu aku akan duduk melepak kat taman depan masjid tu..
bukan buat maksiat....cari ketenangan! hahaha....sebab dulu taman tu jadi port budak2 beromen, minum arak dan lain2..

seperti yang aku pernah cerita kat form cari dulu..
taman permainan tu kadang kala agak angker juga..
sebab dah 2-3 kali aku 'ternampak' kelibat pompuan cantik yang dok terbang
dan bertenggek atas pokok kat sekitar taman tu..
kadang2 dia suka main buaian kat taman tu....sian dia! main sorang2 xde sapa nak temankan..

kebetulan masa tu aku tengah tunggu sahabat aku si yusrinor
si yus balik umah kejap tukar baju....nak dating...
hehehe..tabligh2 gak...dating2 gak....
lebih kurang asam punya si yus...dekat 1/2 dia baru turun!
aku nampak dia lalu kat jalan tepi masjid tu....aku pun panggil la..

"yus! yus!..bah.."
dia boleh buat kering je....aku nampak dia toleh kat aku tapi laju je dia jalan..
aku ingat dia tak nampak aku...aku pun cepat2 la kejar dia..
hahhahhahha....jap! gelak jap! sebab kalu teringat citer ni mmg geli hati aku!
dia tu dah la pendek so bila dia lari tu nampak kelakar..mcm x cukup tanah!
sambil dia lari tu dia dok takbir "ALLAHU AKBAR!" berulang2 kali..
aku pun pelik la juga...sebab tetiba bulu roma aku pun dah terpacak!

dalam hati aku "mampus..mesti benda tu ada kat belakang aku!"
nak tengok x berani.....aku agak je la..
bila aku rasa ada bunyik yang mendengus2 kat belakang aku...
secara automatik kaki aku macam terpacak kat bumi...
bukan kan lari nak angkat kaki pun x boleh!
yang si yus ni dah dok terjerit2..."cepat la bib! mati kau baa.....cepat!"

aku yang tadi takut tetiba rasa marah dan baran lak!
celaka betul binatang ni! nak kacau lebih2 lak...wal hal belum pun kul 10pm.
dengan segala kederat yang ada...tetapkan dalam hati..
aku manusia yang dijadikan khalifah kat bumi ni takut dgn ko yang dijadikan dari api?
tangan kanan aku dah menggigil nak lempang benda tu...

"Auzubillah hi minasy syaitoonirrajim innahu......Allahu akbar!"
aku berpusing sambil bagi penampar kat benda tu...
aku x nampak apa tapi dalam kepala aku terbayang benda tu mcm jerangkung, berkepala botak, kurus melidi, mata merah menyala ngan lidah terjelir2 dok sergah kat muka aku..
bila aku rasa penampar tu kena kat dia...
tetiba macam ada asap nipis...ngan bau busuk daging reput yang hangit terbakar...

sikit lagi si yus yang tetiba datang kat belakang aku pun nak kena pelempang...
mana tidak, aku lagi tengah terkejut ngan apa yg jadi tadi....tetiba lak dia muncul..
" tuuu....dib! dia lari kat pokok tu..."
nampak la pokok yang kat depan tu bergoyang2...
dengar seakan mcm bunyik anjing yang dalam kesakitan kena baling batu pun ada..

aku ngan si yus pun teruskan perjalanan ke ss3, jumpa awek dia....dinner ala2 dating
sambil jalan tu, puas aku menyumpah dia sebab lari pas tu bukan nak tolong aku...at least bagitau pun ok..
dia cakap, masa kat jalan depan taman tu tadi dia dah nampak benda tu dok terkinja2 belakang aku..
untuk mengelakkan benda berulang....kita orang balik menapak ikut jalan luar yang agak jauh! dekat 5 kilo menapak! gile punya yus!


Hantu? mana hantu?...nyambung lagi..




bila dah lama (dalam 6bulan) join tabligh tu, aku jadi konpius dan tertekan gile!
semua benda aku tengok semuanya haram, mcm nak lempang je semua manusia2 yang ada depan muka aku tu
sampai ada satu masa tu aku dah nak register untuk join tentera fisabilillah untuk syahid di bumi afghanistan
tapi perasaan yang membuak2 tu lama2 berkurangan

bila aku setiap masa ditazkirahkan oleh ustaz yang duduk sebelah rumah aku
dia pesan, x salah kalau nak berjihad tapi yang lebih afdal jihad untuk diri sendiri dulu..
aku pun x paham sangat tapi buat2 paham je la...
sebab aku rasa yang dok memberontak dalam diri aku tu bukan aku

bila ada satu malam tu aku ikut abang angkat (cedet) aku tu ke muar, johor
bukan aku yang nak berubat tapi wife dia (kak su) kena gatal2 satu badan
gatal 1 hal, kulit kaki ngan tangan naik bersisik macam ular tukar kulit
lepas dah jumpa klinik pakar itu ini pun x jalan, tu yang ke muar tu..
sampai je kat umah orang tua tu, akak angkat aku tu dah muntah darah hitam pekat
mata hitam dah naik keatas, badan kejang-kejang

aku ngan cedet papah dia masuk umah tu
dua-dua dah cuak! cedet dah gabra dan ajak aku bawak kak su p spital
nak cari spital kat celah mana tengah-tengah malam ni
kalu kat KL atau kelana jaya tu ok le lagi...tau la spital kat mana
yang peliknya masa kat dalam keta tadi kak su tiba2 je nangis teresak-esak
pas tu kejap2 rasa panas, buka aircond punya kuat pun dia kata panas..
aku yang menggigil kesejukan....orang jawa mana tahan sejuk! haha.

air minarel 1.5L tu aku rasa dia sekali tonggang je dah habis..
kak su suruh cedet buka tingkap, kat dalam x cukup sejuk..
bila buka tingkap, dia dok suakan muka dia keluar tingkap
dok gelak-gelak sambil buat bunyik..huuuuuuu.....huuuuuuuuuuuuuu
"cedet! tutup je la tingkap! kang dibuatnya 'dia' ni melompat kuar..naya je"
aku time tu x pandai bawak keta, so aku dok kat belakang la
sejak dari KL tadi sepanjang perjalanan aku x putus baca apa2 yang patut dibaca
aku baca dalam hati je...habis 1 cycle aku hembus kat kak su..
bila aku hembus tu...dia tanya " go, ko nyanyi apa tu? sedap la....nyanyi la kuat sikit"
bila masa lak aku nyanyi!!!

off topic jap...
dulu aku pakai banyak nama -
masa kat sekolah - wak mbek/kambing (malas mandi pagi)
masa kat kolej - habib (pian habib)
masa kat kelana jaya - abango/GO
masa kat hartamas - ciko/chief/ botak toscana/ botak (sampai sekarang)
masa kat gombak - botak/ juragan (sempena nama ayah angkat aku) / ustut (hahhah! mak angkat aku bagi nama ni)
masa kat damansara - bro BO/ botak/ BEN
masa kini - botak/ pian / bang bo/ baru2 ni ada lak yang letak nama aku wak jue (wak jue tu nama bapak aku ler...)

masuk2 je kat rumah orang tua tu (nama x ingat...panggil pak ali je la), kak su sedar semula...
ditolaknya aku ngan cedet! cepat dia meraung2 lari kearah pintu...
pak ali tepuk kaki dia ke lantai sambil jerit...HAAAQ!!
time tu sama ada kak su dah terpaku kat depan pintu
sebab pak ali atau pun sebab kitaorang dah tangkap dia x dapat dipastikan..
pak ali bentangkan kain putih atas lantai ruang tamu..

"baringkan dia kat sini, dah x boleh lari dah tu...dah teruk macam ni baru nak berubat. aku nak solat kejap"
masa pak ali tengah solat tu, kak su tiba2 duduk...
dia cabutnya kain tudung, ketepek! kena muka cedet..
"ni apa ni? x boleh pakai ni,api neraka!" suara dia berudah jadi garau dan kasar
"air! bagi aku air...." tiba2 jadi suara lembut, halus tapi still bukan suara kak su
pak ali datang ngan sebotol air, "nak air? nak minum la air zam-zam ni..sedap! dah siap isi ngan yasin ni..minum la"
kak su dok jengil2 kat pak ali...pak ali hulur air tu kat aku nan cedet.."hah! minum..baca selawat 2kali minum...bukan senang nak dapat...bla! bla! bla! bla!"

dah dekat 3-4minit membebel tapi membebel yang best2 la...dia mcm x peduli langsung kat kak su..

bila cedet nak tanya pasal kak su...pak ali bagi signal angkat tangan, tandanya kejap.....
"det! ko keje apa?"
"telekom"
"orang umah ni?"
"belajar lagi kat uia"
"yang ni (aku ler tu) sapa? adik?"
"kawan, duk serumah"
lepas sessi soal jawab yang agak lebih kurang, pak ali tanya aku...
"sakit apa akak ko ni, yan?'
"rasanya kena bisa santau tapi rasanya benda yang hantar santau ni pulak xnak balik"
" sipi2 la tu....ni orang kata tuju2, elok lak time setan tu hantar tuju2 tu...mungkin dia ni 'kotor'..satu platun la dia panggil main dalam tu"

"InsyaALLAH.....boleh selesai malam ni tapi semua ni bukan kuasa kita, kita cuba dulu"

pak ali amik mangkuk putih, di belah2 nya limau purut tu, lepas tu dia letak tepi
setelah kak su diazankan 2-3 kali dan di bacakan ayat2 tertentu...kak su terus menggila!
dicakar2 ngan lantai, disepak2nya cedet yang tengah dok pegang kaki dia..
aku tengok je sambil sandar kat lantai..mana leh pegang! bukan muhrim, haram! hahahhhaha
aku tolong gak sikit2..itu pun masa mula2 tadi pak ali tetiba cakap ngan aku..sambil senyum
"kalau kita boleh buat, sama2 kita buat"
aku pun secara otomatik jawab, "InsyALLAH. dari tadi dah mula"
lepas tu jadi blur.....apa hal lak aku jawab macam tu?????????????

Hantu? mana hantu?...yok nyambung...


lama-lama aku rasa mcm ayat tu dah meresap dalam jiwa dan hati aku,
sebab kadang2 secara aku tak sedar..hati aku selalu dok ulang2 ayat tu...
untuk mengelakkan aku jadi gila isim atau sebagainya....
aku minta pendapat dari sorang ustaz ni..bukan pengamal perubatan atau dukun atau pawang..

dia ni ustaz imam masjid kat utm jalan semarak tu...
lepas satu kuliah subuh tu (sekali tu je pun aku pergi), cepat2 aku jumpa dia..
aku bacakan ayat tersebut...dan aku tanya, ayat ni dari surah mana dan apa maksud atau kelebihan dia?
ustaz tu cakap ayat tu dari surah al jinn dan bermaksud sekian2...
dia tanya kenapa?
aku cakap xde apa2, cuma nak tau tu je..

sambil dia usap2 bahu aku, dia cakap lebih kurang macam ni..
setiap aksara, setiap bait, setiap ayat yang ada dalam kalam ALLAH tu ada khadam2 yang menjaga maksud dan kegunaannya....sedangkan alif yang tegak x bengkok tu pun jika diamalkan pun ada khasiatnya...cuma berhati2 lah...syaitan ni ada dimana2.
bila dia cakap mcm tu...rasa badan mcm bergetar...

aku rasa ustaz tu nak sambung lagi tapi bila anak2 buah dia dtg berkumpul...
aku pun slow2...cha alif but laa....

lepas2 tu aku rasa ada perubahan dalam diri aku, aku jadi seorang yang agak pendiam dan suka dok sorang2..
bila duk sorang2 tu aku rasa aku bukan ada kat dunia ni tapi kat tempat lain..
aku dengar mcm2 bunyik, bunyik yang pelik2...
bunyik berdesing2, bunyik2 binatang yang dok mengaum la...berdengus2 la..
bunyik orang siul2, bunyik ungka, beruk, monyet terpekik terlolong...
bunyik mcm orang ketuk2 tanah, bunyik loceng india dok wel-wel petang2 tu...

kadang2 aku buat x kisah pun...sebab mungkin time tu aku tengah stone ke apa ke...
tapi bila lama2 aku fed up gak dengan bunyik2 ni...
aku dok pikir...macam ne nak buat ni...
satu malam tu aku dok lepak2 kat masjid tabung haji, kelana jaya..
lepas solat isyak tu diaorang umumkan program2 tabligh untuk next week..
diaorang nak 'keluar' 3 hari ke hulu langat, aku pun mcm tergerak hati nak ikut..
bukan apa, maybe time tu aku leh dapat ketenangan ke hapa ke..

masa kat satu masjid (x ingat la nama masjid tu) kat hulu langat tu..lepas maghrib kot..
ada la 2 kumpulan sementara tunggu solat isyak,
diaorang buat tazkirah kat dalam ruang solat masjid tu..
aku yang duduk kat tepi pintu ni pun pelan2 bangun pergi ke tempat wudhuk...terkentut!
masa nak ke tempat wudhuk tu, aku rasa angin yang agak kuat dan semacam lalu depan aku..
angin je....aku gagah je le pa renew air wudhuk..

masa tengah wudhuk tu, aku nampak 2 ekor beruk dok lompat2 kat pokok tepi mesjid tu..
besar..... hitam......sekali lompat bukan dari dahan ke dahan tapi dari pokok ke pokok..
kalau pokok ke pokok xpe lagi...tapi ni selang 3-4 pokok..
dia terjun dari pucuk kelapa ke tanah, dari tanah ke pucuk kelapa tu macam main teng-teng je..
dalam hati aku....sah! ini bukan monyet! ini bukan beruk!
cepat2 aku masuk dalam masjid...

sampai kat pintu masjid tu...sekali lagi aku agak terkejut...
setau aku tadi masa aku nak keluar ada 2 group...ni dah ada 3 group?
group yang ketiga ni nam[pak mcm tengah bertazkirah betul2 depan mimbar masjid tu..
duduk rapat2 dan semua (dalam 7-8orang) tunduk penuh kushyuk..
semua berjubah hijau tua dan berserban putih...dari susuk tubuh diaorang tu....
nampak besar sikit dari kita2 ni..mcm orang2 middle east tu...badan diaorang kan besar2

bila dah habis majlis ilmu tu..bilal pun melaungkan azan isyak..
lepas isyak tu, aku usha2 juga geng2 jubah hijau tu.....xde pun!
malam tu kat serambi masjid tu aku tidur2 ayam...
kejap2 terjaga, aku dengar orang dok mengaji dalam masjid tu...
aku pun bangun la..ingatkan dah start qiamulail...
tengok kanan kiri budak2 ni tengah dok terbongkang...
aku jenguk dalam masjid gelap gelita...
aku tengok jam baru kul 2am....qiamulail start jam 4am..
apalagi...........sambung tido la....

Tuesday, December 28, 2010

Hantu? mana hantu?



Pernah tak korang semua tengok hantu? apa hantu tu? selain daripada hantu,
apa lagi yang korang dah pernah tengok dan nampak dengan mata kepala korang sendiri?
jin? bunian? jembalang?makhluk pelik?
bukan yang jenis merasuk orang ataupun dalam bentuk bunyi-bunyian.

bertuah atau pun kurang bernasib baik?
kita je yang boleh jawab dan tentukan..sebab itu pengalaman kita sendiri.
ada sesetengah orang suka bercerita pengalaman tersebut dengan orang lain dan ada sesetengah orang tak suka bercerita..
mungkin dia tak nak takutkan orang lain
mungkin dia takut dilabel penipu dan sebagainya
mungkin dia dia terlampau takut untuk dan benda tu menghantui hidup dia?
wallahu'alam...

ada orang cakap untuk nampak benda-benda ni ada macam-macam cara dan petua
cthnya sapu air mata anjing kat mata kita (HARAM TUU!!)
amik cebisan keranda, bakar jadikan abu dan sapu kat mata/kening
cukur kening mata..
duduk bawah rumah orang meninggal or tempat jirusan air mayat tu jatuh
tunggu kat tempat uri bayi ditanam....dan macam-macam lagi.

dan ada juga yang secara semulajadi
cthnya kalau ikut kepercayaan orang cina/ penganut buddha...mata ketiga
dalam keadaan fana, masa meditasi, bersuluk atau bertapa
in the wrong place at the wrong time pun boleh jadi juga
ataupun mmg time makhluk-makhluk tu nak tunjukkan jasad dia..
dan macam-macam lagi..

dan satu lagi yang kurang popular...melalui amalan-amalan yang tertentu
cthnya ayat-ayat pemujaan dan zikir-zikir tertentu...wallahu'alam

kisahnya....pernah terjadi kat aku masa bujang dulu...
masa tu aku duk kat persiaran gurney off jalan gurney, kl
satu hari yang mulia tu aku pergi lunch dekat gerai sebelah petronas jalan raja muda aziz
sekarang gerai tu dah xde rasanya..
disebabkan gerai tu takde tandas..maka untuk segala urusan rasmi kena pergi ke tandas petronas tu

bila lepas selesai melepaskan hajat, aku terjumpa satu wallet kata atas tempat flush
tanpa rasa bersalah aku pun ambil dan belek-belek wallet tu..
xde duit pun, maybe pickpocket punya kerja ni...
yang ada 2-3 keping tiket bas mini, calendar kecik dan yang menarik perhatian aku..
sekeping kertas yang dilipat dan diselit kat dalam wallet tu..

bila aku buka kertas tu, terpampang sepotong ayat tulisan jawi..
time tu aku ingat maybe ayat al quran yang dijadikan azimat
aku letak semula wallet tu kat tempat yang aku jumpa tadi dan kertas tu aku amik..
sampai kat gerai makan, aku cuba baca ayat tu...sekali, dua kali, tiga kali
bukan apa, mana lah tau kot-kot aku pernah terbaca ayat tu kat surah mana2 ke...apa ke
tak de apa pun jadi, bila kawan aku tegur. baru aku tersedar dan tiba-tiba rasa dunia ni berpusing
pandangan jadi kabur dan macam ada percikan-percikan cahaya terang mcm orang tengah amik gambar..

sejak dari tu, aku rasa hati aku ni tak berhenti dok baca ayat tu..dah jadi macam 1 zikir amalan tiap-tiap hari
lama-lama aku rasa macam ada something wrong...
sebab bila duduk kat kedai makan ke, kedai kopi ke..orang tengok aku semacam..
lebih-lebih lagi orang tua-tua yang tangan penuh dengan cincin batu ntah hapa2 tu..
bila aku tengok balik, ada yang senyum ada yang cepat-cepat tengok tempat lain
aku yang jadi takut, takut otai-otai ni belasah aku..

ada satu hari tu, aku makan malam kat pasar keramat...kedai makan yang banyak2 tu.
ada otai2 ni tengah buat meeting kat sebelah meja aku...
aku perasan lah juga ada sorang pakcik ni dok jeling2 kat aku..
dah lapar..aku buat kering je la..
budak yang bawa air tu sampai dengan air yang kitaorang pesan dan 2-3 air untuk meja lain..
bila dia nak bagi air kat meja kitaorang....pang! tumpah...
agak kecoh la juga sebab otai2 tu dah mula bising2
budak tu bawak lagi sekali..tak sampai meja kitaorang..pang! tumpah lagi,,kali ni dia terpijak anak kucing

kali ke tiga, dia bawak pakai tangan je...dan tak pakai tray.
akhirnya sampai gak air milo aku..
elok je aku nak sedut...
nah!! aku nampak mcam ekor kucing hitam dok tergodek2 dalam air milo tu!
aku tengok kawan aku tu sedap je sedut air teh ais dia..
dia ajak pilih lauk...aku pulak dok godek2 air aku..betul ke apa yang aku nampak tadi?
aku bagitau kat budak acik tu...
"Jom la p makan kat au3"
"isk! gile..dah order air ni, apa kes?"
"panas.."
"o...jom la"

elok je lepas kita orang bayar air yang x aku sentuh dan x minum tu...
sorang brader ni (dari meja sebelah) halang kitaorang kat moto..
acik dah cuak sebab kat moto dia ada 'barang' dan masa aku cakap 'panas' tadipun dia ingat ada otek usha kitaorang
brader tu tepuk2 bahu aku ajak p table diaorang
macam2 kat kepala otak aku time...mampus la kena paw ke hapa ke
setau aku, aku tak pun usha2 table diaorang tadi
so aku ngan acik pun salam2 lah dengan pakcik2 kat ada kat table tu..
sampai kat pakcik yang dok usha2 aku tadi, dia gengggam tangan aku (dalam erti lain dia kunci tangan aku, sbb aku tau diaorang ni dari 1 pertubuhan tu dan aku bukan dari mana2 pertubuhan pun)

"maaf pak cik, saya x boleh buka, saya xde kunci"
"awak dari mana"
"saya dari sabak bernam"
"duduk dulu...sekarang duduk dekat keramat ni ke?"
"x pun, datang makan je..duduk kat jalan gurney tu.."
"pak cik ni ayahanda ****** dari pahang, ni semua sedara2 kita (aku angguk je la). sapa yang kacau awok tadi?"
"tak tau la pakcik....biarla, xde apa pun"
"orang meja hujung tu, dia dah jalan pun"
"oooo.."
lepas tu dia kenal-kenalkan kat otai-otai yang lain...puji kau itu ini
nak suruh masuk pertubuhan tu..
aku tolak elok2 aku belum bersedia lagi...sebab time tu orang cakap, kalau nak sekali masuk dah tak boleh keluar2 lagi..

ini pengalaman pertama...yang seterusnya....nanti nyambung...

Monday, December 27, 2010

Jangan Ikut Aku Balik!..




Pernah tak korang semua pergi berkelah, mandi manda di tepi laut, air terjun dan sungai-sungai rekreasi? mesti pernah kan? tak lojik lah kalau tak pernah....

selain menikmati saat riang ria bersama keluarga dan kawan-kawan dan suasana alam yang mengasyikkan...pernah tak korang mengalami peristiwa ganjil dan membingungkan minda...contohnya macam terjumpa barang-barang atau makhluk-makhluk yang pelik dan sebagainya...ada tak?

kisahnya...

seperti sebelum-sebelum ni, destinasi utama percutian kami sekeluarga....tak lain x bukan PD...tak tau kenapa tempat tu selalu jadi pilihan utama...mungkin sebab lokasi dan tempat penginapan yang agak berpatutan kot...pernah sekali tu tengah2 malam dengan takde apa2 plan...secara spontan..jom PD! start keta terus meredah malam pergi berembun kat tepi pantai tunggu matahari pagi..terbit je matahari terus terjun dalam laut!

tapi tu semua dulu....anak-anak belum ada lagi..sekarang semua nak kena plan dan bajet..

masa tu tak berapa ingat trip yang mana dan bila....

dari pagi sampai ke petang, sampai kecut buah pinggang berendam dalam air..tempat yang kami pilih tu tak jauh dari orang ramai..tapi agak terasing juga..

masa tengahhari tu, aku memang perasan macam sedang diperhatikan oleh seseorang ataupun sesuatu...mula-mula ingat cuma mainan perasaan tapi bila lama-lama perasaan tu makin kuat dan hati pun mula berdebar-debar...bukan takut tapi agak cuak lah juga...

secara automatic aku tengok kat tempat kami letak tuala dan jajan bawah pokok yang merendang tepi pantai tu....
tuuu....dia! nak kata orang bukan orang sebab susuk tubuh tu macam telus...lutsinar boleh nampak background.. senang cakap, macam imbasan...mirage!

bukan sorang ye....tapi 3 orang dalam susuk tubuh pompuan yang berjalan melintas depan pokok tu menuju kebelakang pokok..aku tunggu juga kalau-kalau diaorang keluar semula..mana lah tau orang betul..ntah-ntah cuma nak tukar baju ke...tapi haram tak kuar-kuar..

bila aku tengok matahari kat langit yg mendung dan tengok bayang2 aku kat pasir tu...menurut kata kenalan aku, ada waktu-waktu yang tertentu kita boleh nampak benda2 atau makhluk2 lain ni..contohnya time diantara sebelum gelincir matahari, time diantara matahari nak terbenam, dintara tengahmalam , sebelum diantara subuh/terbit matahari..semuanya diantara...mula2 aku pun pelik juga nak pikir kenapa 'diantara'...tapi bila einstein pun ada teori pasal time relativity ni...aku anggap la ni sebagai salah satu dari bab teori dimensi ke3..
hahaha...padahal malas nak pikir lebih2.

bila aku naik ke tempat tu...dengan alasan nak ambik rokok...aku sempat pusing belakang pokok tu untuk kepastian....orang ke bukan orang!
bila dah betul-betul pasti bukan orang..
baru la bulu roma aku terus mencacak! meremang semacam.

time tu juga, macam ada satu energi tekan badan aku untuk duduk atas pasir tu...tangan kanan yang pegang lighter ni aku cuba angkat...tak bergerak, kebas, lemes!
angin yang bertiup dari laut tu aku rasa sangat sejuk sampai ketulang...dalam hati cakap, maybe aku kena heatstroke kot..sebab lama sangat berjemur.

semerbak bau 3 jenis bau...kemenyan, bunga dan minyak attar..tak kuat...nipis je! dalam takut dan cuak tu...aku pasrah je...ko nak suruh aku duduk, aku duduk...apa lagi ko nak?
aku tarik nafas dalam-dalam, kosongkan fikiran..bertakafur sekejap dgn bacaan apa yang patut..
aku tarik semua bau-bau tu..satu per satu..
bila habis semua...aku dengar 1 bisikan halus....bagi salam kat aku..aku x jawab pun, cuma sekadar ucapan "wa alaik"

bila semua tu dah berlalu dan berakhir, amik bangun amik tuala dan bila aku kibas2kan tuala tu...ada sebentuk cincin berbatu akek warna coklet yang agak bersinar dan menarik jatuh tergolek....
bila aku amik dan pegang cincin tu, rasa macam kena renjatan statik..mula-mula aku nak simpan tapi bila pikir-pikir...
zass! aku campak ke laut!..xde maknanya aku nak simpan benda yang aku tak tau asal usul dia...nanti kalau jadi apa-apa, sapa nak tanggung?

malam tu, bila aku tidur tu, 3-4 kali terjaga....rasa kejap panas, kejap sejuk aku tengok kiri wife elok je berselimut...aircond pun elok je pasang..
bila nak terlelap je, rasa bunyi ombak tu kuat sangat..mcm aku tidur betul2 kat tepi pantai..

dalam masa tu juga, aku terbayang aku berdiri tempat yang aku lempar cincin masa siang tu...
aku nampak satu tompok cahaya merah, lama2 jadi besar dan terang...
aku rasa masa tu aku ada cakap lebih kurang macam ni...

aku tau ko nak ikut aku tapi aku tak nak ko ikut aku...bukan aku yang cari ko! ko yang datang sendiri, aku tak halal ko ikut aku..
lepas tu makin lama makin mengecik...makin jauh ketengah laut..lepas tu hilang..

pagi tu....bila nak breakfast, aku tengok sandal aku penuh ngan pasir...walhal semalam aku dah celup-celup dalam swimming pool sebelum naik....to think positif..maybe ada orang pinjam kot..sbb aku letak kat luar kan....hahahaha..






Monday, December 20, 2010

Teringat Dulu Masa....




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

percaya atau tidak yang pasti di dalam setiap kehidupan pasti ada cabaran, dugaan dan halangan yang pasti dan mesti kita tempuhi, samaada senang atau susah, susah ataupun senang..dapatkah kita harungi? InsyaALLAH!

himpunan cerita-cerita yang terdapat unsur-unsur mistik yang pernah dilalui sendiri dan dari mulut rakan-rakan yang lain dan cerita dari mulut orang tua dari jaman dulu , bukan untuk jadi igauan dan kepercayaan tapi sekadar untuk hiburan semata-mata.

dalam erti kata lain, jangan percaya 100 persen.

disebabkan cerita ni pun dah berlaku...maka aku akan mulakan dengan.....

TERINGAT DULU MASA.....

meracik (ndekut) ayam hutan

masa tu aku berumur belasan tahun lagi, arwah abang aku ni..(Al-Fatihah) walaupun duduk di KL tapi sangat rajin kuar masuk hutan/ladang sawit/getah kalau ada kelapangan.

Ada masa yang aku dibawa ikut tapi biasanya aku tak ikut mungkin sebab ada aktiviti lain
tapi sebab utamanya dia tak bagi aku ikut...dia kata aku 'agak' suwey! dia kata aku 'panas', ayam takut nak dekat tapi 'benda lain' yang suka dekat..contohnya? aku pun tak dapat contoh yang specific sebab masa tu aku budak lagi...malas nak tanya lebih-lebih, kang jawapannya kena pelempang je...heheh..

pernah sekali aku ikut pergi meracik kat hulu klang, dah dekat 1jam kitaorang kat dalam tu, ayam denak tu pun dah penat berkokok, diganti pulak ngan abang aku guna alat khas yang dibuat dari kelongsong peluru penabur. Takde sahutan dari ayam-ayam hutan liar pun, sedangkan masa kami kat luar tadi, siap terbang-terbang atas pokok depan kitaorang..

lepas lebih kurang 15minit, aku nampak kelibat hitam lalu lebih kurang 20m depan kitaorang, hitam dan panjang setinggi paras lutut....dalam hati "babi hutan!". memang nampak semak samun ngan pokok-pokok kecik tu bergoyang bila benda tu lalu, ayam denak tu pun nampak takut...nak kata babi hutan tapi panjang dan berkilat kulit dia bila kena cahaya matahari.

"dik! ko baca la apa yang patut"

lepas 1/2jam bertahan dalam semak tempat persembunyian kitaorang tu, baru kitaorang packing ayam dan barang-barang lain siap sedia nak balik..

abang ajak aku pergi tengok kat semak tempat benda tu melintas ngan parang golok dia kat tangan, aku yang jadi assistant dia (tukang bawak barang-barang je pun) terhegeh-hegeh la ikut belakang dia. sampai kat tempat tu, rumput ngan lalang yang jadi laluan 'benda' tu jadi lenyek dan rata ke tanah.

"dah tengok, jom balik!" (ayat potong abang aku untuk maksud ~ jangan cakap, jangan tegur, jangan tanya..sebab aku dulu banyak tanya)

masa kita orang nak keluar dari tempat tu nak menuju ke jalan besar, angin yang agak kuat bertiup kearah kitaorang, pokok-pokok hutan ngan 2-3 rumpun pokok buluh kat situ pun mula berbunyi..dalam sayup-sayup tu (tak tau la dari arah kanan atau kiri) terdengar la ketawa-ketawa halus 2-3 perempuan sambil cakap lebih kurang "nak balik dah ke?"

abang terus tarik tangan aku sambil tolak aku kedepan. sampai kat tempat parking motor kawan abang aku (pak ya) pun tengah tunggu dengan baju tersidai atas motor, seluar basah lencun (dia pun meracik juga tapi kat kawasan tak jauh dari tempat kitaorang)

"ai! korang tak kena hujan ke? punya la lebat hujan"
"bila masa lak hujan? punyalah panas ni?"
..aku dah konpius...

abang aku suruh buka dan kibas-kibas baju, bila aku kibas tu....berterbangan bulu-bulu ayam hitam.
dia suruh aku selawat dan baca ayat kursi 3kali dan ludah ketanah..
pak ya dok gelak je.."hahhahah..dapat bulu je? moh! balik ler kite"

petang tu masa sampai rumah, lepas mandi-mandi....
"bang, tadi tu ular ke?"
"hmmm.."
kalau betul ular....gile besar ular tu?!
"yang bunyik suara tu sapa?"
"ntah..."
"mana datangnya bulu-bulu ayam tu..?"
"ai...banyak tanya pulak, lain kali tak payah ikut la..."

malam tu tidur aku memang betul-betul terganggu sebab rasa macam ada patploh ekor ayam dok berkokok kat tepi telinga aku..

esok pagi abang aku tanya..
"malam tadi ko bersembang ngan sapa dik?"
"mana ada sembang ngan sapa2"
aku cerita la pasal bunyik ayam tu, dia kata aku dok 'bersembang' dekat sejam lebih macam tengah cakap dalam telefon.
series! aku tak ingat apa-apa pun....


Mampir dulu.....

Assalamualaikum….assalamu alaina wa ala ibadillah solihin…innahu min sulaiman wa innahu bismillahirrahmanirrahim..

Walaupun kehidupan kita hari ini serba canggih-manggih, namun percayalah bahawa kita semakin jauh dari menikmati kegunaan sebenar kejadian alam sekitar yang dikurniakan oleh Allah kepada kita.

Malah kita terus-menerus memusnahkan alam untuk kepentingan sendiri.
Kita yakin bahawa setiap kehidupan ada peranan danfaedahnya di antara satu sama lain.
Bukan sekadar dalam bentuk rantaian makanan, bahkan lebih dari itu kalau kita benar-benar menyelami (menyelidiki) kegunaannya melalui kesenian ilmu alam.

Pernah tak saudara rasa bila pergi ke mana-mana tempat yang belum pernah dilalui,perjalanan sewaktu pergi itu terasa bagai jauh sekali.
Tetapi sewaktu baliksemula menggunakan jalan yang sama, dirasai perjalanannya jadi lebih dekat?

Kata seorang tua; masa kita baru hendak bepergian, pokok-pokok sepanjang perjalanan sedang menyapa dan bertanyakan arah tujuan pemergian kita, maka itu telah melambatkan perjalanan kita.

Sedangkan sewaktu kita balik, pokok-pokok tadi sudah mengenali kita dan tidak lagi beramah mesra menanyakan apa-apa lagi. Benarkah? Wallahua’lam.

Apa yang aku kisahkan di atas memang tidak dapat mengambarkan sepenuhnya betapa sebenarnya kita hari ini semakin `jauh’ dengan alam sekitar.
Tabir perhubungan antaranya sudah semakin melabuh dan kita jadi asing dengan dunia kita sendiri.

Sedangkan salah satu rukun Iman mengkehendaki umat Islam mempercayai akan perkara ghaib.
Bukan ilmu ghaib atau yang berunsur mistik semata-mata, tetapi yang boleh menjadikan kita beryukur dan menghargai setiap inci kejadian dan ciptaanNya.

Kata seorang pengamal perubatan tradisonal; hidup kita tidak dapat lari dari 4 unsur - api, air, angin dan tanah.
Maka itu kita kerap dengar doa-doa, jampi serapah dan sebagainya akan diakhiri dengan hembusan, sebagai cara menggunakan perantaraan angin untuk `menyampaikan’doa/jampi-serapah/mentera pada yang hendak ditujui (orang atau apa saja).

Kalau kita sudah tidak `mengenali’ angin, bagaimana mahu menjadikannya sebagai pengantara?
Bukanlah niat aku untuk menyuruh semua orang jadi bomoh/tok dukun, tapi sekurang-kurangnya kita patut tahu bahawa anginlah yang memenuhi setiap ruang di bumi ini.

Maka angin jugalah sebaik-baik pengantara yang dijadikan Allah untuk kita gunakan dalam pelbagai tujuan berdasarkan kepandaian dan ilmu seseorang.
Contohnya; mengesan `alamat’ buruk / baik sebelum memulakan perjalanan, misalnya. Atau jika lebih hebat, angin boleh digunakan sebagai medium perhubungan dua hala umpama sebuah telefon bimbit.

Ingat kisah kehebatan Nabi Sulaiman yang dikurniakan Allah Ta’ala , hingga Baginda mampu mengarahkan angin sebagai `kenderaan’ Baginda?

Dulu-dulu manusia hidup serba kekurangan peralatan moden, namun tidakkah kita hairan bagaimana mereka boleh survive hinggakan bukan saja gajah-rimau takutkan mereka,

bahkan penyakit seperti darah tinggi, lemah jantung, sakit buah pinggang dan segala macam penyakit yang menyerang kita hari ini, tidak langsung berani menjamah tubuh badan mereka yang sentiasa `bersatu teguh’dengan 4 unsur yang asas itu melalui beberapa amalan yang mereka dipelajari.

Hari ini, bukan sahaja sudah tidak mengenali ciptaan Allah, bahkan sudah semakin lalai dari mengamalkan sekalipun doa-doa yang mudah sebelum, sedang atau sudah melakukan apa-apa perkara.

Aku bukan mengata orang lain, tapi diri sendiri pun 2x5, 5x2.

Kadang-kadang bila masuk saja kereta pagi-pagi, sementara menunggu enjin kereta panas – terus pasang radio dok dengar lagu-lagu. Dah separuh perjalanan baru teringat; jangan kata doa naik kenderaan ataupun ayat Kursi, sebaris bismiLlah pun terlupa nak dibaca. (keris sakti '07)