There was an error in this gadget

Wednesday, December 19, 2012

cerita ajeee........


bismillaahirrahmaanirrahiim…usalli..”

Wak ju! Wak ju! Assalamualaikum! Wak Ju! Cepat la Wak jawab salamnya…

Waalaikummussalam…ono opo to (ada apa ya), Jeli?

“Tolong Wak…anak aku tu, si Amar tu wak….tolong la wak!”

“sabar! Sabar! Alon-alon (pelan-pelan)….kenapa dengan  Amar tu?”

“Tak tau la wak, tadi lepas maghrib dia badannya menggigil macam kena sawan, ni tengah mengamuk-ngamuk kat rumah tu..habis berkecai satu rumah!”

“Astaghafirullahalazim…ni sapa yang jaga anak kamu tu?”

“Si Amin dengan maknya…..cepat la Wak! Aku dah naik cuak tengok matanya merah menyala-nyala..siap dimarahnya aku, wak! Isk! Nasib baik la anak sendiri..kalau anak orang lain dah lama aku jotos ndasnya, wak!”

“ tadi sore kan dia ada main bola kat padang tu…nampak biasa je..”

“ tu tadi wak, ni sekarang dah lain…cepat wak! Gendongan wae (bonceng aje)!”

“isk! Kue ki Jeli…aku solat isyak dulu, kamu balik nanti aku ikut belakang…”

“ok wak! Wak ojo turu (jangan tidur) pulak!”

Aku tengok dah macam Valentino Rossi si Jeli tu keluar dari latar (halaman) rumah aku.Nasib baik aku pasang lampu kat tepi pokok buah naga tu, kalau tak mesti habis terlanggar pasu semaian pokok cili  aku.

Selesai solat, aku pun melanjutkan bacaan zikir –zikir dan ayat-ayat suci untuk pelindung diri sambil menghitung-hitung apa bencana yang menimpa anak si Jeli tu. Kalau kerasukan, dah lama betul kes-kes macam ni tak muncul kat kampong ni. Kalau 20 tahun dulu memang ada, tu pun sebab ramai orang luar masuk curi-curi buat ngankong kat pokok ara besar dalam kebun Wak Leman tu. Habis semua jembalang dan puaka yang dari mana celah hutan pun datang ke kampong ni bila bau ayam golek, daging rusa bakar, satay gagak sampai ke hidung setan-setan ni.

Seminggu sekali mesti ada yang rebah kena sampuk, ada yang lari masuk hutan, tidur dalam reban kambing..yang lari bogel keliling kampung pun ada! Tapi itu dulu, lepas arwah mbah lanang aku tebang pokok tu. Tambah  pulak Wak Leman mengamuk-ngamuk dengan silat pulut dia tu, orang kampung pun ada datang ramai-ramai tengok arwah mbah lanang tebang pokok dan dihiburkan dengan persembahan silat pulut Wak Leman.

Masa tu aku muda remaja lagi, aku tengok Wak Leman (arwah) bersilat dalam satu bulatan atas tanah yang awal-awal mbah buat tadi. buat pagar katanya. Dari telatah Wak leman yang kejap-kejap bersilat, kejap-kejap menangis sambil menekup muka dan kadang-kadang mendepakan tangan kearah pokok tu..menjerit-jerit macam orang putus cinta “sayang! Sayang! Lawan sayang! Lawaaaan…kesian sayang sakit! Berdarah-darah! Celaka ko Saiban ! Ko setan pembunuh! Aku bunuh ko Saiban!!!”

Ada juga orang kampung yang cuba menenangkan Wak Leman tapi sekali wak leman libas dengan batang kayu kejap ke kanan kejap kekiri, semua tengok dari jauh. Ada juga suara-suara yang bercakap, bergossip sesama sendiri.. Wak leman bela jembalang, wak leman itu, wak leman ini. Si Adi yang dari tadi duduk kat sebelah aku ni tiba-tiba bersuara,

“ju..ko tengok Mbah Saiban tu, sekali dia kapak pokok besar tu bergoyang sampai kepucuk!”  

“pergh….dasyat orang tua ni"

“ ko tak teringin ke nak belajar dari Mbah Saiban? Ko kan cucu kesayangan dia…hehehe”

“iye la.. cucu kesayangan ndas mu! Kesayangan sangat la sampai kena baling ngan keris..nasib baik tak terpacak kat dahi”

“hahahaha..gonjol! yang ko pergi bawak barang dia kat cina ngankong tu buat apa?”

“saja je aku nak test barang dia power tak power…sudahnya kena halau ngan bomoh cina tu! Hahaha”

Friday, December 7, 2012

Sudahlah! aku nak balik!


Bila suara itu halus….suara halus atau suara yang halus lunak dan merdu? Bukan….bukan yang itu dan itu! Ni suara-suara bisikan yang halus, yang selalu buat orang sasau jadi jiwa kacau! 

Jahat ni setan ni! Main bisik-bisik pulak….ada bran duk sembang kat mamak la jom!

Pergh! Dasyat ko juragan, berani cabar-cabar gue…dah lama x kena sampuk nampak?

Leks la, aku bukan nak cabar ko tapi cara ko tu x kena! Ini main kasar namanya..kasar ke halus? Ko kan makhluk halus..dasyat ko! Time orang nak melayan belaian jiwa ko pulak masuk kacau daun! Nyah ko!

Ko la rileks! Tadi ko bukan ke dok panggil aku, seru aku…xkan aku nak tetiba nyangkung kat depan ko? Kang kena heart attack, aku gak yg kena tuduh membunuh tanpa niat!

Siak lu! Bila masa lak gue panggil lu? Ko check balik call log aku tu…xdenya aku nak terdial ke tertekan ke, paling koman pun aku hantar ko p dalam jurang lautan dalam tu..ceh!

Betul la, kalu ko x panggil aku..xdenya aku nak nunjuk-nunjuk macam ni. Cuba ko ingat betul-betul…ko yang panggil aku dari tadi..eh! tadi apanya dah 3 hari 3 malam ko panggil aku. Mula-mula aku konpius gak apasal tetiba ko panggil aku tapi ni dah malam ke3..baik aku tanya ko straight to the point. Ko nak apa sebenarnya ni? Ko tau kan…kalu aku datang aku nak upah, xde upah aku x nak balik!

Apa upah-upah? Ko ingat ko makan gaji ngan aku ke? Series aku tak panggil ko, xde maknanya aku nak panggil ko no class punya jin!

Eleh! Time susah-susah ko nak scan barang tu, scan barang ni ko panggil aku gak kan? Toksah poyo la juragan.

Eh! Ungkit nampak? Kata tolong ikhlas…ko kena ikut law, kang hangus terbakar baru tau. Dah la habis minyak wangi aku ko kerjakan, sampai dah jadi bau macam taik minyak. Apasal ko tak pergi ‘sana’? jangankan sebotol, sebeladi pun ko boleh hirup sampai kenyang. Kata terrer…

Alon-alon juragan, aku tau mana ikat mana simpul janji aku ngan ko. Bukan aku sorang je yang belasah minyak ko tu, ramai lagi yang ko terlepas pandang. Lagi pun jangan harap la aku nak kesana…passport dah expired semua sebab geng-geng ko la! nek seng jengenane menuso, piro suwine urip nang dunyo? sekabehane ora sempurno.

Ai! Marah nampak? Leks la…abang adik kakak ko semua tengah bersenang lenang dalam botol tu…ko nak risau apa? Free lodging tu…x yah bayar sewa bulan-bulan pun. Ko sekor kat luar ni pun dah kira masalah besar, inikan pula kalau 1 family terlepas. Ko buat la macam2 kang terbakar..dah tak boleh jumpa diaorang lagi. Tu la soh convert tak nak…

Convert? Sedangkan yang nak mengconvertkan pun jalan x betul…hahahaha…datuk kepada datuk aku pun x convert. Jalan datuk2 aku dah cukup sempurna…buat apa je yang kitaorang suka. Korang je yang selalu kacau kami, dari jaman tok adam dulu korang yang suka kacau kami…

Ceh! Macam la ko belajar sejarah sangat…soh cari hang tuah pun tak jumpa! Tahniah la kat datuk kepada datuk ko yang x convert tu..padanla bapak ko mati terbakar!

Sudah la! Aku nak balik! Tapi ingat kalau botol tu dah jadi air, ko lepaskan adik beradik aku!

Boleh je…..kalu mata ko boleh kuarkan laser macam superman, kalu tak ko dok la tenung depan botol tu sampai ada bom atom meletup kat Tanah Mblayu ni..sengal ubi!

Mimpi Indah Tu Apa?


Macam malam-malam biasa, setelah berhempas pulas menyiapkan barang dagangan. Aku duduk menenangkan perasaan kat luar bertemankan en. L&M Menthol dengan cuaca yang dingin sejuk lepas hujan sepanjang sore. Wife ngan anak-anak dah lama lena diulit mimpi. Mimpi….dah lama rasanya aku tak didatangi dengan apa-apa mimpi yang indah penuh seribu makna. Rasa kosong, tidur tak bermakna..ada la juga 2-3 mimpi bodoh-bodoh yqng sudi menyinggah tapi langsung tak boleh diiktiraf dengan apa-apa pengiktirafan pun.


Mungkin juga la sebab dah kurang melakukan amalan-amalan lazim sebelum tidur, 1 sebab terlalu penat, 2 sebab terlaluuuuuuuu penat… Kadang-kadang buat tak sampai sekerat jalan dah kebabom sampai Afrika Selatan. Malam ni aku nekad, aku berharap untuk dikunjungi mimpi yang indah dihiasi dengan seribu makna. Selesai 2-3 batang, aku naik atas untuk melunaskan solat isyak…pergh! Solat isyak jam 2.30am…terbaeeek! bak kata BoboiBoy..layan gile tengok BoboiBoy setiap hari Ahad, time Maghrib lak tu..solat antara iklan..terbaeek! kompom menjawab esok kat sana.


Selesai solat Isyak, aku sambung ngan…Allah! Amalan yang ringan-ringan tu. Dalam usaha untuk mengenal siapa aku dan siapa aku dalam aku yang berahsia diantara rahsia aku tu. Tak boleh nak olah sangat sebab persepsi orang mungkin berbeza-beza…tau-tau sudah! Hahhahaha..
Jam sudah kul 3.45am, baik sambung buat tahajud ke, witir ke…terbaeek! Sebab jin dah lapor asap, pekena sebatang lagi. Bertenggeklah aku kat tepi tingkap tu sambil berkata dalam hati, mampuih kalau wife tau aku smoke dalam bilik ni. Smoking area adalah dalam jamban sahaja! Aku tertanya-tanya, kenapa masa aku buat semua tapi aku rasa macam takde ‘feel’? sebab aku desperate ke? Sebab aku tergopoh-gapah ke? Sebab aku terlalu berharap ke? Semua jadi persoalan…kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Aku rasa aku buat ikhlas tapi macammana nak ukur keikhlasan tu? Ke aku buat tak tertib? 

Wallahu’alam..tapi aku rasa macam tak kesampaian. Teringat pulak kat kata-kata Sang Pendita ni, “ Mbangun masjid kuwi ditoto niate, ojo pingin apik mesjide, rusuh atine, rusuh dunyo brononr, rusuh lakune. Najis tangane, najis motone, najis tutuke..” Ternyata aku dah semakin lari dari landasan..damn!


Bila hati dah rasa down macam tu..aku amik keputusan untuk tidur je. Buat amal jariah sikit sebelum tidur, sedekah apa yang patut pada yang telah lama pergi…makin lama diaorang dah takde, makin kurang ingatan kita pada mereka. Jadi sedekah-sedekah dan kiriman tulus ikhlas ni la yang jadi penyambung, penguat dan pengikat kenangan teramat indah masa bersama-sama dulu.


Dan pagi tu aku bangun bersama sayup-sayup laungan azan Subuh dari surau jumaat taman sebelah dengan senyuman indah terukir dibibir dengan air mata turun berjuraian macam air hujan kat luar tingkap tu…Syukur Alhamdulillah aku dapat menatap kembali wajah-wajah yang paling aku saying wlaupun sekadar dalam mimpi…tak sama pun kalau tengok kat gambar….semoga kalian bahagia dan dicucuri rahmat dari Yang Esa di alam sana..

Al-fatihah untuk Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW, para sahabat, para tabiin, muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia, khasnya untuk arwah ibu ku, abang ku, anak ku, datuk-datuk serta nenek-nenek ku dan untuk rohani ku, isteri serta anak-anak ku…

Al- Fatihah….