Macam malam-malam biasa, setelah berhempas pulas menyiapkan
barang dagangan. Aku duduk menenangkan perasaan kat luar bertemankan en.
L&M Menthol dengan cuaca yang dingin sejuk lepas hujan sepanjang sore. Wife
ngan anak-anak dah lama lena diulit mimpi. Mimpi….dah lama rasanya aku tak
didatangi dengan apa-apa mimpi yang indah penuh seribu makna. Rasa kosong,
tidur tak bermakna..ada la juga 2-3 mimpi bodoh-bodoh yqng sudi menyinggah tapi
langsung tak boleh diiktiraf dengan apa-apa pengiktirafan pun.
Mungkin juga la sebab dah kurang melakukan amalan-amalan
lazim sebelum tidur, 1 sebab terlalu penat, 2 sebab terlaluuuuuuuu penat… Kadang-kadang
buat tak sampai sekerat jalan dah kebabom sampai Afrika Selatan. Malam ni aku
nekad, aku berharap untuk dikunjungi mimpi yang indah dihiasi dengan seribu
makna. Selesai 2-3 batang, aku naik atas untuk melunaskan solat isyak…pergh! Solat
isyak jam 2.30am…terbaeeek! bak kata BoboiBoy..layan gile tengok BoboiBoy
setiap hari Ahad, time Maghrib lak tu..solat antara iklan..terbaeek! kompom
menjawab esok kat sana.
Selesai solat Isyak, aku sambung ngan…Allah! Amalan yang
ringan-ringan tu. Dalam usaha untuk mengenal siapa aku dan siapa aku dalam aku
yang berahsia diantara rahsia aku tu. Tak boleh nak olah sangat sebab persepsi
orang mungkin berbeza-beza…tau-tau sudah! Hahhahaha..
Jam sudah kul 3.45am, baik sambung buat tahajud ke, witir ke…terbaeek!
Sebab jin dah lapor asap, pekena sebatang lagi. Bertenggeklah aku kat tepi
tingkap tu sambil berkata dalam hati, mampuih kalau wife tau aku smoke dalam
bilik ni. Smoking area adalah dalam jamban sahaja! Aku tertanya-tanya, kenapa
masa aku buat semua tapi aku rasa macam takde ‘feel’? sebab aku desperate ke? Sebab
aku tergopoh-gapah ke? Sebab aku terlalu berharap ke? Semua jadi persoalan…kenapa?
Kenapa? Dan kenapa? Aku rasa aku buat ikhlas tapi macammana nak ukur keikhlasan
tu? Ke aku buat tak tertib?
Wallahu’alam..tapi aku rasa macam tak kesampaian. Teringat
pulak kat kata-kata Sang Pendita ni, “ Mbangun masjid kuwi ditoto niate, ojo
pingin apik mesjide, rusuh atine, rusuh dunyo brononr, rusuh lakune. Najis
tangane, najis motone, najis tutuke..” Ternyata aku dah semakin lari dari
landasan..damn!
Bila hati dah rasa down macam tu..aku amik keputusan untuk
tidur je. Buat amal jariah sikit sebelum tidur, sedekah apa yang patut pada
yang telah lama pergi…makin lama diaorang dah takde, makin kurang ingatan kita
pada mereka. Jadi sedekah-sedekah dan kiriman tulus ikhlas ni la yang jadi
penyambung, penguat dan pengikat kenangan teramat indah masa bersama-sama dulu.
Dan pagi tu aku bangun bersama sayup-sayup laungan azan Subuh dari surau jumaat
taman sebelah dengan senyuman indah terukir dibibir dengan air mata turun
berjuraian macam air hujan kat luar tingkap tu…Syukur Alhamdulillah aku dapat
menatap kembali wajah-wajah yang paling aku saying wlaupun sekadar dalam mimpi…tak
sama pun kalau tengok kat gambar….semoga kalian bahagia dan dicucuri rahmat
dari Yang Esa di alam sana..
Al-fatihah untuk Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW, para
sahabat, para tabiin, muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia, khasnya
untuk arwah ibu ku, abang ku, anak ku, datuk-datuk serta nenek-nenek ku dan untuk
rohani ku, isteri serta anak-anak ku…
Al- Fatihah….
No comments:
Post a Comment