There was an error in this gadget

Wednesday, December 19, 2012

cerita ajeee........


bismillaahirrahmaanirrahiim…usalli..”

Wak ju! Wak ju! Assalamualaikum! Wak Ju! Cepat la Wak jawab salamnya…

Waalaikummussalam…ono opo to (ada apa ya), Jeli?

“Tolong Wak…anak aku tu, si Amar tu wak….tolong la wak!”

“sabar! Sabar! Alon-alon (pelan-pelan)….kenapa dengan  Amar tu?”

“Tak tau la wak, tadi lepas maghrib dia badannya menggigil macam kena sawan, ni tengah mengamuk-ngamuk kat rumah tu..habis berkecai satu rumah!”

“Astaghafirullahalazim…ni sapa yang jaga anak kamu tu?”

“Si Amin dengan maknya…..cepat la Wak! Aku dah naik cuak tengok matanya merah menyala-nyala..siap dimarahnya aku, wak! Isk! Nasib baik la anak sendiri..kalau anak orang lain dah lama aku jotos ndasnya, wak!”

“ tadi sore kan dia ada main bola kat padang tu…nampak biasa je..”

“ tu tadi wak, ni sekarang dah lain…cepat wak! Gendongan wae (bonceng aje)!”

“isk! Kue ki Jeli…aku solat isyak dulu, kamu balik nanti aku ikut belakang…”

“ok wak! Wak ojo turu (jangan tidur) pulak!”

Aku tengok dah macam Valentino Rossi si Jeli tu keluar dari latar (halaman) rumah aku.Nasib baik aku pasang lampu kat tepi pokok buah naga tu, kalau tak mesti habis terlanggar pasu semaian pokok cili  aku.

Selesai solat, aku pun melanjutkan bacaan zikir –zikir dan ayat-ayat suci untuk pelindung diri sambil menghitung-hitung apa bencana yang menimpa anak si Jeli tu. Kalau kerasukan, dah lama betul kes-kes macam ni tak muncul kat kampong ni. Kalau 20 tahun dulu memang ada, tu pun sebab ramai orang luar masuk curi-curi buat ngankong kat pokok ara besar dalam kebun Wak Leman tu. Habis semua jembalang dan puaka yang dari mana celah hutan pun datang ke kampong ni bila bau ayam golek, daging rusa bakar, satay gagak sampai ke hidung setan-setan ni.

Seminggu sekali mesti ada yang rebah kena sampuk, ada yang lari masuk hutan, tidur dalam reban kambing..yang lari bogel keliling kampung pun ada! Tapi itu dulu, lepas arwah mbah lanang aku tebang pokok tu. Tambah  pulak Wak Leman mengamuk-ngamuk dengan silat pulut dia tu, orang kampung pun ada datang ramai-ramai tengok arwah mbah lanang tebang pokok dan dihiburkan dengan persembahan silat pulut Wak Leman.

Masa tu aku muda remaja lagi, aku tengok Wak Leman (arwah) bersilat dalam satu bulatan atas tanah yang awal-awal mbah buat tadi. buat pagar katanya. Dari telatah Wak leman yang kejap-kejap bersilat, kejap-kejap menangis sambil menekup muka dan kadang-kadang mendepakan tangan kearah pokok tu..menjerit-jerit macam orang putus cinta “sayang! Sayang! Lawan sayang! Lawaaaan…kesian sayang sakit! Berdarah-darah! Celaka ko Saiban ! Ko setan pembunuh! Aku bunuh ko Saiban!!!”

Ada juga orang kampung yang cuba menenangkan Wak Leman tapi sekali wak leman libas dengan batang kayu kejap ke kanan kejap kekiri, semua tengok dari jauh. Ada juga suara-suara yang bercakap, bergossip sesama sendiri.. Wak leman bela jembalang, wak leman itu, wak leman ini. Si Adi yang dari tadi duduk kat sebelah aku ni tiba-tiba bersuara,

“ju..ko tengok Mbah Saiban tu, sekali dia kapak pokok besar tu bergoyang sampai kepucuk!”  

“pergh….dasyat orang tua ni"

“ ko tak teringin ke nak belajar dari Mbah Saiban? Ko kan cucu kesayangan dia…hehehe”

“iye la.. cucu kesayangan ndas mu! Kesayangan sangat la sampai kena baling ngan keris..nasib baik tak terpacak kat dahi”

“hahahaha..gonjol! yang ko pergi bawak barang dia kat cina ngankong tu buat apa?”

“saja je aku nak test barang dia power tak power…sudahnya kena halau ngan bomoh cina tu! Hahaha”

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete