Assalamualaikum….assalamu alaina wa ala ibadillah solihin…innahu min sulaiman wa innahu bismillahirrahmanirrahim..
Walaupun kehidupan kita hari ini serba canggih-manggih, namun percayalah bahawa kita semakin jauh dari menikmati kegunaan sebenar kejadian alam sekitar yang dikurniakan oleh Allah kepada kita.
Malah kita terus-menerus memusnahkan alam untuk kepentingan sendiri.
Kita yakin bahawa setiap kehidupan ada peranan danfaedahnya di antara satu sama lain.
Bukan sekadar dalam bentuk rantaian makanan, bahkan lebih dari itu kalau kita benar-benar menyelami (menyelidiki) kegunaannya melalui kesenian ilmu alam.
Pernah tak saudara rasa bila pergi ke mana-mana tempat yang belum pernah dilalui,perjalanan sewaktu pergi itu terasa bagai jauh sekali.
Tetapi sewaktu baliksemula menggunakan jalan yang sama, dirasai perjalanannya jadi lebih dekat?
Kata seorang tua; masa kita baru hendak bepergian, pokok-pokok sepanjang perjalanan sedang menyapa dan bertanyakan arah tujuan pemergian kita, maka itu telah melambatkan perjalanan kita.
Sedangkan sewaktu kita balik, pokok-pokok tadi sudah mengenali kita dan tidak lagi beramah mesra menanyakan apa-apa lagi. Benarkah? Wallahua’lam.
Apa yang aku kisahkan di atas memang tidak dapat mengambarkan sepenuhnya betapa sebenarnya kita hari ini semakin `jauh’ dengan alam sekitar.
Tabir perhubungan antaranya sudah semakin melabuh dan kita jadi asing dengan dunia kita sendiri.
Sedangkan salah satu rukun Iman mengkehendaki umat Islam mempercayai akan perkara ghaib.
Bukan ilmu ghaib atau yang berunsur mistik semata-mata, tetapi yang boleh menjadikan kita beryukur dan menghargai setiap inci kejadian dan ciptaanNya.
Kata seorang pengamal perubatan tradisonal; hidup kita tidak dapat lari dari 4 unsur - api, air, angin dan tanah.
Maka itu kita kerap dengar doa-doa, jampi serapah dan sebagainya akan diakhiri dengan hembusan, sebagai cara menggunakan perantaraan angin untuk `menyampaikan’doa/jampi-serapah/mentera pada yang hendak ditujui (orang atau apa saja).
Kalau kita sudah tidak `mengenali’ angin, bagaimana mahu menjadikannya sebagai pengantara?
Bukanlah niat aku untuk menyuruh semua orang jadi bomoh/tok dukun, tapi sekurang-kurangnya kita patut tahu bahawa anginlah yang memenuhi setiap ruang di bumi ini.
Maka angin jugalah sebaik-baik pengantara yang dijadikan Allah untuk kita gunakan dalam pelbagai tujuan berdasarkan kepandaian dan ilmu seseorang.
Contohnya; mengesan `alamat’ buruk / baik sebelum memulakan perjalanan, misalnya. Atau jika lebih hebat, angin boleh digunakan sebagai medium perhubungan dua hala umpama sebuah telefon bimbit.
Ingat kisah kehebatan Nabi Sulaiman yang dikurniakan Allah Ta’ala , hingga Baginda mampu mengarahkan angin sebagai `kenderaan’ Baginda?
Dulu-dulu manusia hidup serba kekurangan peralatan moden, namun tidakkah kita hairan bagaimana mereka boleh survive hinggakan bukan saja gajah-rimau takutkan mereka,
bahkan penyakit seperti darah tinggi, lemah jantung, sakit buah pinggang dan segala macam penyakit yang menyerang kita hari ini, tidak langsung berani menjamah tubuh badan mereka yang sentiasa `bersatu teguh’dengan 4 unsur yang asas itu melalui beberapa amalan yang mereka dipelajari.
Hari ini, bukan sahaja sudah tidak mengenali ciptaan Allah, bahkan sudah semakin lalai dari mengamalkan sekalipun doa-doa yang mudah sebelum, sedang atau sudah melakukan apa-apa perkara.
Aku bukan mengata orang lain, tapi diri sendiri pun 2x5, 5x2.
Kadang-kadang bila masuk saja kereta pagi-pagi, sementara menunggu enjin kereta panas – terus pasang radio dok dengar lagu-lagu. Dah separuh perjalanan baru teringat; jangan kata doa naik kenderaan ataupun ayat Kursi, sebaris bismiLlah pun terlupa nak dibaca. (keris sakti '07)
No comments:
Post a Comment