Wednesday, December 29, 2010

Hantu? mana hantu?...nyambung lagi..




bila dah lama (dalam 6bulan) join tabligh tu, aku jadi konpius dan tertekan gile!
semua benda aku tengok semuanya haram, mcm nak lempang je semua manusia2 yang ada depan muka aku tu
sampai ada satu masa tu aku dah nak register untuk join tentera fisabilillah untuk syahid di bumi afghanistan
tapi perasaan yang membuak2 tu lama2 berkurangan

bila aku setiap masa ditazkirahkan oleh ustaz yang duduk sebelah rumah aku
dia pesan, x salah kalau nak berjihad tapi yang lebih afdal jihad untuk diri sendiri dulu..
aku pun x paham sangat tapi buat2 paham je la...
sebab aku rasa yang dok memberontak dalam diri aku tu bukan aku

bila ada satu malam tu aku ikut abang angkat (cedet) aku tu ke muar, johor
bukan aku yang nak berubat tapi wife dia (kak su) kena gatal2 satu badan
gatal 1 hal, kulit kaki ngan tangan naik bersisik macam ular tukar kulit
lepas dah jumpa klinik pakar itu ini pun x jalan, tu yang ke muar tu..
sampai je kat umah orang tua tu, akak angkat aku tu dah muntah darah hitam pekat
mata hitam dah naik keatas, badan kejang-kejang

aku ngan cedet papah dia masuk umah tu
dua-dua dah cuak! cedet dah gabra dan ajak aku bawak kak su p spital
nak cari spital kat celah mana tengah-tengah malam ni
kalu kat KL atau kelana jaya tu ok le lagi...tau la spital kat mana
yang peliknya masa kat dalam keta tadi kak su tiba2 je nangis teresak-esak
pas tu kejap2 rasa panas, buka aircond punya kuat pun dia kata panas..
aku yang menggigil kesejukan....orang jawa mana tahan sejuk! haha.

air minarel 1.5L tu aku rasa dia sekali tonggang je dah habis..
kak su suruh cedet buka tingkap, kat dalam x cukup sejuk..
bila buka tingkap, dia dok suakan muka dia keluar tingkap
dok gelak-gelak sambil buat bunyik..huuuuuuu.....huuuuuuuuuuuuuu
"cedet! tutup je la tingkap! kang dibuatnya 'dia' ni melompat kuar..naya je"
aku time tu x pandai bawak keta, so aku dok kat belakang la
sejak dari KL tadi sepanjang perjalanan aku x putus baca apa2 yang patut dibaca
aku baca dalam hati je...habis 1 cycle aku hembus kat kak su..
bila aku hembus tu...dia tanya " go, ko nyanyi apa tu? sedap la....nyanyi la kuat sikit"
bila masa lak aku nyanyi!!!

off topic jap...
dulu aku pakai banyak nama -
masa kat sekolah - wak mbek/kambing (malas mandi pagi)
masa kat kolej - habib (pian habib)
masa kat kelana jaya - abango/GO
masa kat hartamas - ciko/chief/ botak toscana/ botak (sampai sekarang)
masa kat gombak - botak/ juragan (sempena nama ayah angkat aku) / ustut (hahhah! mak angkat aku bagi nama ni)
masa kat damansara - bro BO/ botak/ BEN
masa kini - botak/ pian / bang bo/ baru2 ni ada lak yang letak nama aku wak jue (wak jue tu nama bapak aku ler...)

masuk2 je kat rumah orang tua tu (nama x ingat...panggil pak ali je la), kak su sedar semula...
ditolaknya aku ngan cedet! cepat dia meraung2 lari kearah pintu...
pak ali tepuk kaki dia ke lantai sambil jerit...HAAAQ!!
time tu sama ada kak su dah terpaku kat depan pintu
sebab pak ali atau pun sebab kitaorang dah tangkap dia x dapat dipastikan..
pak ali bentangkan kain putih atas lantai ruang tamu..

"baringkan dia kat sini, dah x boleh lari dah tu...dah teruk macam ni baru nak berubat. aku nak solat kejap"
masa pak ali tengah solat tu, kak su tiba2 duduk...
dia cabutnya kain tudung, ketepek! kena muka cedet..
"ni apa ni? x boleh pakai ni,api neraka!" suara dia berudah jadi garau dan kasar
"air! bagi aku air...." tiba2 jadi suara lembut, halus tapi still bukan suara kak su
pak ali datang ngan sebotol air, "nak air? nak minum la air zam-zam ni..sedap! dah siap isi ngan yasin ni..minum la"
kak su dok jengil2 kat pak ali...pak ali hulur air tu kat aku nan cedet.."hah! minum..baca selawat 2kali minum...bukan senang nak dapat...bla! bla! bla! bla!"

dah dekat 3-4minit membebel tapi membebel yang best2 la...dia mcm x peduli langsung kat kak su..

bila cedet nak tanya pasal kak su...pak ali bagi signal angkat tangan, tandanya kejap.....
"det! ko keje apa?"
"telekom"
"orang umah ni?"
"belajar lagi kat uia"
"yang ni (aku ler tu) sapa? adik?"
"kawan, duk serumah"
lepas sessi soal jawab yang agak lebih kurang, pak ali tanya aku...
"sakit apa akak ko ni, yan?'
"rasanya kena bisa santau tapi rasanya benda yang hantar santau ni pulak xnak balik"
" sipi2 la tu....ni orang kata tuju2, elok lak time setan tu hantar tuju2 tu...mungkin dia ni 'kotor'..satu platun la dia panggil main dalam tu"

"InsyaALLAH.....boleh selesai malam ni tapi semua ni bukan kuasa kita, kita cuba dulu"

pak ali amik mangkuk putih, di belah2 nya limau purut tu, lepas tu dia letak tepi
setelah kak su diazankan 2-3 kali dan di bacakan ayat2 tertentu...kak su terus menggila!
dicakar2 ngan lantai, disepak2nya cedet yang tengah dok pegang kaki dia..
aku tengok je sambil sandar kat lantai..mana leh pegang! bukan muhrim, haram! hahahhhaha
aku tolong gak sikit2..itu pun masa mula2 tadi pak ali tetiba cakap ngan aku..sambil senyum
"kalau kita boleh buat, sama2 kita buat"
aku pun secara otomatik jawab, "InsyALLAH. dari tadi dah mula"
lepas tu jadi blur.....apa hal lak aku jawab macam tu?????????????

2 comments: