Assalamualaikum dan salam sejahtera,
percaya atau tidak yang pasti di dalam setiap kehidupan pasti ada cabaran, dugaan dan halangan yang pasti dan mesti kita tempuhi, samaada senang atau susah, susah ataupun senang..dapatkah kita harungi? InsyaALLAH!
himpunan cerita-cerita yang terdapat unsur-unsur mistik yang pernah dilalui sendiri dan dari mulut rakan-rakan yang lain dan cerita dari mulut orang tua dari jaman dulu , bukan untuk jadi igauan dan kepercayaan tapi sekadar untuk hiburan semata-mata.
dalam erti kata lain, jangan percaya 100 persen.
disebabkan cerita ni pun dah berlaku...maka aku akan mulakan dengan.....
TERINGAT DULU MASA.....
meracik (ndekut) ayam hutan
masa tu aku berumur belasan tahun lagi, arwah abang aku ni..(Al-Fatihah) walaupun duduk di KL tapi sangat rajin kuar masuk hutan/ladang sawit/getah kalau ada kelapangan.
Ada masa yang aku dibawa ikut tapi biasanya aku tak ikut mungkin sebab ada aktiviti lain
tapi sebab utamanya dia tak bagi aku ikut...dia kata aku 'agak' suwey! dia kata aku 'panas', ayam takut nak dekat tapi 'benda lain' yang suka dekat..contohnya? aku pun tak dapat contoh yang specific sebab masa tu aku budak lagi...malas nak tanya lebih-lebih, kang jawapannya kena pelempang je...heheh..
pernah sekali aku ikut pergi meracik kat hulu klang, dah dekat 1jam kitaorang kat dalam tu, ayam denak tu pun dah penat berkokok, diganti pulak ngan abang aku guna alat khas yang dibuat dari kelongsong peluru penabur. Takde sahutan dari ayam-ayam hutan liar pun, sedangkan masa kami kat luar tadi, siap terbang-terbang atas pokok depan kitaorang..
lepas lebih kurang 15minit, aku nampak kelibat hitam lalu lebih kurang 20m depan kitaorang, hitam dan panjang setinggi paras lutut....dalam hati "babi hutan!". memang nampak semak samun ngan pokok-pokok kecik tu bergoyang bila benda tu lalu, ayam denak tu pun nampak takut...nak kata babi hutan tapi panjang dan berkilat kulit dia bila kena cahaya matahari.
"dik! ko baca la apa yang patut"
lepas 1/2jam bertahan dalam semak tempat persembunyian kitaorang tu, baru kitaorang packing ayam dan barang-barang lain siap sedia nak balik..
abang ajak aku pergi tengok kat semak tempat benda tu melintas ngan parang golok dia kat tangan, aku yang jadi assistant dia (tukang bawak barang-barang je pun) terhegeh-hegeh la ikut belakang dia. sampai kat tempat tu, rumput ngan lalang yang jadi laluan 'benda' tu jadi lenyek dan rata ke tanah.
"dah tengok, jom balik!" (ayat potong abang aku untuk maksud ~ jangan cakap, jangan tegur, jangan tanya..sebab aku dulu banyak tanya)
masa kita orang nak keluar dari tempat tu nak menuju ke jalan besar, angin yang agak kuat bertiup kearah kitaorang, pokok-pokok hutan ngan 2-3 rumpun pokok buluh kat situ pun mula berbunyi..dalam sayup-sayup tu (tak tau la dari arah kanan atau kiri) terdengar la ketawa-ketawa halus 2-3 perempuan sambil cakap lebih kurang "nak balik dah ke?"
abang terus tarik tangan aku sambil tolak aku kedepan. sampai kat tempat parking motor kawan abang aku (pak ya) pun tengah tunggu dengan baju tersidai atas motor, seluar basah lencun (dia pun meracik juga tapi kat kawasan tak jauh dari tempat kitaorang)
"ai! korang tak kena hujan ke? punya la lebat hujan"
"bila masa lak hujan? punyalah panas ni?"
..aku dah konpius...
abang aku suruh buka dan kibas-kibas baju, bila aku kibas tu....berterbangan bulu-bulu ayam hitam.
dia suruh aku selawat dan baca ayat kursi 3kali dan ludah ketanah..
pak ya dok gelak je.."hahhahah..dapat bulu je? moh! balik ler kite"
petang tu masa sampai rumah, lepas mandi-mandi....
"bang, tadi tu ular ke?"
"hmmm.."
kalau betul ular....gile besar ular tu?!
"yang bunyik suara tu sapa?"
"ntah..."
"mana datangnya bulu-bulu ayam tu..?"
"ai...banyak tanya pulak, lain kali tak payah ikut la..."
malam tu tidur aku memang betul-betul terganggu sebab rasa macam ada patploh ekor ayam dok berkokok kat tepi telinga aku..
esok pagi abang aku tanya..
"malam tadi ko bersembang ngan sapa dik?"
"mana ada sembang ngan sapa2"
aku cerita la pasal bunyik ayam tu, dia kata aku dok 'bersembang' dekat sejam lebih macam tengah cakap dalam telefon.
series! aku tak ingat apa-apa pun....
No comments:
Post a Comment