There was an error in this gadget

Tuesday, December 28, 2010

Hantu? mana hantu?



Pernah tak korang semua tengok hantu? apa hantu tu? selain daripada hantu,
apa lagi yang korang dah pernah tengok dan nampak dengan mata kepala korang sendiri?
jin? bunian? jembalang?makhluk pelik?
bukan yang jenis merasuk orang ataupun dalam bentuk bunyi-bunyian.

bertuah atau pun kurang bernasib baik?
kita je yang boleh jawab dan tentukan..sebab itu pengalaman kita sendiri.
ada sesetengah orang suka bercerita pengalaman tersebut dengan orang lain dan ada sesetengah orang tak suka bercerita..
mungkin dia tak nak takutkan orang lain
mungkin dia takut dilabel penipu dan sebagainya
mungkin dia dia terlampau takut untuk dan benda tu menghantui hidup dia?
wallahu'alam...

ada orang cakap untuk nampak benda-benda ni ada macam-macam cara dan petua
cthnya sapu air mata anjing kat mata kita (HARAM TUU!!)
amik cebisan keranda, bakar jadikan abu dan sapu kat mata/kening
cukur kening mata..
duduk bawah rumah orang meninggal or tempat jirusan air mayat tu jatuh
tunggu kat tempat uri bayi ditanam....dan macam-macam lagi.

dan ada juga yang secara semulajadi
cthnya kalau ikut kepercayaan orang cina/ penganut buddha...mata ketiga
dalam keadaan fana, masa meditasi, bersuluk atau bertapa
in the wrong place at the wrong time pun boleh jadi juga
ataupun mmg time makhluk-makhluk tu nak tunjukkan jasad dia..
dan macam-macam lagi..

dan satu lagi yang kurang popular...melalui amalan-amalan yang tertentu
cthnya ayat-ayat pemujaan dan zikir-zikir tertentu...wallahu'alam

kisahnya....pernah terjadi kat aku masa bujang dulu...
masa tu aku duk kat persiaran gurney off jalan gurney, kl
satu hari yang mulia tu aku pergi lunch dekat gerai sebelah petronas jalan raja muda aziz
sekarang gerai tu dah xde rasanya..
disebabkan gerai tu takde tandas..maka untuk segala urusan rasmi kena pergi ke tandas petronas tu

bila lepas selesai melepaskan hajat, aku terjumpa satu wallet kata atas tempat flush
tanpa rasa bersalah aku pun ambil dan belek-belek wallet tu..
xde duit pun, maybe pickpocket punya kerja ni...
yang ada 2-3 keping tiket bas mini, calendar kecik dan yang menarik perhatian aku..
sekeping kertas yang dilipat dan diselit kat dalam wallet tu..

bila aku buka kertas tu, terpampang sepotong ayat tulisan jawi..
time tu aku ingat maybe ayat al quran yang dijadikan azimat
aku letak semula wallet tu kat tempat yang aku jumpa tadi dan kertas tu aku amik..
sampai kat gerai makan, aku cuba baca ayat tu...sekali, dua kali, tiga kali
bukan apa, mana lah tau kot-kot aku pernah terbaca ayat tu kat surah mana2 ke...apa ke
tak de apa pun jadi, bila kawan aku tegur. baru aku tersedar dan tiba-tiba rasa dunia ni berpusing
pandangan jadi kabur dan macam ada percikan-percikan cahaya terang mcm orang tengah amik gambar..

sejak dari tu, aku rasa hati aku ni tak berhenti dok baca ayat tu..dah jadi macam 1 zikir amalan tiap-tiap hari
lama-lama aku rasa macam ada something wrong...
sebab bila duduk kat kedai makan ke, kedai kopi ke..orang tengok aku semacam..
lebih-lebih lagi orang tua-tua yang tangan penuh dengan cincin batu ntah hapa2 tu..
bila aku tengok balik, ada yang senyum ada yang cepat-cepat tengok tempat lain
aku yang jadi takut, takut otai-otai ni belasah aku..

ada satu hari tu, aku makan malam kat pasar keramat...kedai makan yang banyak2 tu.
ada otai2 ni tengah buat meeting kat sebelah meja aku...
aku perasan lah juga ada sorang pakcik ni dok jeling2 kat aku..
dah lapar..aku buat kering je la..
budak yang bawa air tu sampai dengan air yang kitaorang pesan dan 2-3 air untuk meja lain..
bila dia nak bagi air kat meja kitaorang....pang! tumpah...
agak kecoh la juga sebab otai2 tu dah mula bising2
budak tu bawak lagi sekali..tak sampai meja kitaorang..pang! tumpah lagi,,kali ni dia terpijak anak kucing

kali ke tiga, dia bawak pakai tangan je...dan tak pakai tray.
akhirnya sampai gak air milo aku..
elok je aku nak sedut...
nah!! aku nampak mcam ekor kucing hitam dok tergodek2 dalam air milo tu!
aku tengok kawan aku tu sedap je sedut air teh ais dia..
dia ajak pilih lauk...aku pulak dok godek2 air aku..betul ke apa yang aku nampak tadi?
aku bagitau kat budak acik tu...
"Jom la p makan kat au3"
"isk! gile..dah order air ni, apa kes?"
"panas.."
"o...jom la"

elok je lepas kita orang bayar air yang x aku sentuh dan x minum tu...
sorang brader ni (dari meja sebelah) halang kitaorang kat moto..
acik dah cuak sebab kat moto dia ada 'barang' dan masa aku cakap 'panas' tadipun dia ingat ada otek usha kitaorang
brader tu tepuk2 bahu aku ajak p table diaorang
macam2 kat kepala otak aku time...mampus la kena paw ke hapa ke
setau aku, aku tak pun usha2 table diaorang tadi
so aku ngan acik pun salam2 lah dengan pakcik2 kat ada kat table tu..
sampai kat pakcik yang dok usha2 aku tadi, dia gengggam tangan aku (dalam erti lain dia kunci tangan aku, sbb aku tau diaorang ni dari 1 pertubuhan tu dan aku bukan dari mana2 pertubuhan pun)

"maaf pak cik, saya x boleh buka, saya xde kunci"
"awak dari mana"
"saya dari sabak bernam"
"duduk dulu...sekarang duduk dekat keramat ni ke?"
"x pun, datang makan je..duduk kat jalan gurney tu.."
"pak cik ni ayahanda ****** dari pahang, ni semua sedara2 kita (aku angguk je la). sapa yang kacau awok tadi?"
"tak tau la pakcik....biarla, xde apa pun"
"orang meja hujung tu, dia dah jalan pun"
"oooo.."
lepas tu dia kenal-kenalkan kat otai-otai yang lain...puji kau itu ini
nak suruh masuk pertubuhan tu..
aku tolak elok2 aku belum bersedia lagi...sebab time tu orang cakap, kalau nak sekali masuk dah tak boleh keluar2 lagi..

ini pengalaman pertama...yang seterusnya....nanti nyambung...

2 comments: