berkenaan dengan adat istiadat tanam uri ni..ni adat nusantara kot..skang sapa yang ada duit banyak...dah x yah nak tanam2..simpan je dalam stemcell bank tu...berguna gak untuk masa depan..
" Mula-mula uri itu dibasuh bersih sehingga tiada darah yang tertinggal. Kemudian tempurung kelapa yang dicuci luar dan dalam dijadikan bekas mengisi uri itu.Tempurung yang telah berisi uri itu perlu dibungkus dengan kain putih dan diletakkan di dalam lubang yang digali di halaman rumah.Sebelum lubang dikambus, dietakkan paku, jarum dan asam keping yang diikat bersama dan ditanam sekali. barangan itu merupakan simbolik melindungi uri daripada dihurung ulat di dalam tanah. Tidak habis di situ, tradisi diteruskan dengan menghidupkan bara api di permukaan tanah tempat uri ditanam.Ia dipercayai mampu mengelakkan bayi mengalami kembung perut dan menangis sepanjang malam.Mereka percaya uri yang ditanam mempunyai ‘hubungan’ dengan kehidupan bayi yang baru lahir.Selain itu, uri akan dibungkus menggunakan sarung bantal terpakai dan sebatang paku. Amalan itu dipercayai akan mengurangkan masalah bayi menangis malam.
Namun begitu, penceramah bebas, Datuk Daud Che Ngah menolak perkaitan antara penanaman uri dengan masa depan atau nasib seseorang.Tiada kaitan antara kehidupan seseorang dengan uri wanita selepas bersalin.Namun, seelok-eloknya uri itu diuruskan dengan penghormatan yang tinggi,Katanya, uri memang perlu dibersihkan dengan air asam dan garam bagi menghilangkan bau dan kekotoran yang terlekat padanya agar tidak diselongkar oleh haiwan buas.Tambahnya lagi, uri adalah sebahagian daripada jasad manusia dan sepatutnya perlu kembali ke tempat asalnya iaitu tanah.“Uri dan manusia datang daripada tanah dan perlu kembali kepada tanah,” katanya merujuk kitab Tanbihul Ghafilin.Beliau turut memberitahu, bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang mengiringi upacara penanaman uri boleh dilakukan untuk memperoleh keberkatan. - adat tanam uri "
kalau kat kampung2 dulu, seingat gue... uri ni biasanya akan ditanam kat bawah umah ( kampung gue dulu2 semua rumah bertiang tinggi) dan ada juga yang ditanam diperdu pokok pisang..ada juga sesetengah orang kampung yang tanamkan anak kelapa kat atas tempat uri tu...senang nak kira umur anak ikut ketinggian pokok kelapa (haha) dan juga nak 'tengok' kesuburan atau kesugihan rejeki anak mereka ikut kesuburan pokok kelapa tersebut.
masa nak tanam uri ni, kena jaga tangan kita...kalau bapaknya pegang/jinjing uri tu pakai tangan kiri...nanti anaknya kidal...
bagi uri (telah dibersihkan) yang ditanam biasanya akan dipasangkan dimar pada waktu malam selama 7 malam dan diletakkan duri daun mengkuang (skang mana nak cari daun mengkuang, nak beli tikar mengkuang p je central market! so letak paku je)...
ada yang cuma letakkan duri tu atas tanah atau dililitkan pada serkap ayam..tujuan dipasang dimar untuk mengelakkan uri tersebut sejuk atau takut ada anjing liar korek tanah tu...duri mengkuang pulak untuk mengelakkan uri di curi atau dikacau oleh makhluk2 halus, terutamanya hantu penanggal yang suka makan uri bayi...baik untuk kecantikan kulit muka beliau..bila dia nampak duri tu, dia jadi takut sebab x nak tali perut serta organ2 lain tangle ngan duri tersebut..
kalau jaman dulu, kalau tanam uri ni, kalau lahir malam, malam tu juga kita tanam...ngan torclite ngan dimar..seram gak! walaupun bawah rumah sendiri..jiran sebelah umah tu dulu (duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu) , lepas je tanam uri...derang naik la nak tengok baby n wife....tetiba terdengar bunyik pompuan menjerit and benda berlanggar2 bawah umah...terkejut semua yang ada atas umah tu...termasuk la mbah paijem (bidan) tu...bila turun bawah tengok serkap ayam tu dah terpelanting jauh tapi tanah tu elok lagi....dengar la bunyik penanggal tu dok nangis atas pokok kekabu tu...so percubaan nak dapatkan uri tu gagal lah...hahha
so mlm tu juga mbah paijem buat pagar sket kat kawasan umah tu....dan kain2 bekas2 darah tu pun ditanam malam tu juga...sbb tau benda tu akan repeat!
kalau ikut kata kawan aku yang duduk kat mesir tu...uri2 ni derang x tanam pun...main campak dalam sungai nil je....wallahualam!
pasal benda agah2 tu..mcm2 pendapat ada...ada yang kata nampak hantu setan..tapi ikut kata sorang ustaz ni, ni semua gangguan jin yang dok mengacah budak tu..dan ada juga yang kata tu gangguan 'kakak'/kembar/uri dia tu....ada juga yang mengatakan baby tu tersenyum sebab dutunjukkan balasan syurga kalau dia pilih jadi ahli syurga dan muka masam/takut/meluat sebab ditunjukkan balasan neraka jika dia pilih jadi ahli neraka dan muka series gaban sebab ditunjukkan segala beban dan masalah dunia yg bakal dia hadapi..wallahualam sebab pakar2 baby pun x leh nak jawab...secara saintifik tu semua ...tindakan refleks baby nak control motion and reaction dia...
kalau uri bayi laki biasanya ditanam jauh dari umah (perdu pokok pisang) sbb tak nak nanti besar jadi pemalas! nak duk kat umah je!..kalau pompuan dekat bawah umah sbb xnak nanti besar jadi minah rempit, kuar malam2!