Tuesday, May 10, 2011

Kayu Mantul

Cerita pasal kayu ni, teringat dulu masa balik kampung jumpa Wak Sarip (hahhaha…Bro Mie, ingat x?) bertanyakan pasal sejenis kayu ni yang mengikut kata bijak pandai kayu mantul (bukan mentul! Kalau mentul2 tu lain jadinya!) ni boleh dijadikan azimat atau tangkal atau barang tempelan untuk mengelakkan diri dari terkena sihir dan pebuatan hasad dengki orang..dengan cara memantulkan semula benda2 jahat tu kepada si pengirim..

Setelah 2-3 kali bertanyakan pasal kayu ni, Wak Sarip yang mula2 mengelat nak bagitau…..last2 dia tanya kat aku…(setelah di translate dari bahasa jawa)

”kok di takon2…mana ko tau pasal kayu ni? Sapa yang bagi tau?”

“ada la wak…’kawan’”

“banyak la ko punya kawan, wak kalau ko saja nak tanya2 ni wak malas nak jawab..nanti ko cakap mengarut! Tapi sebab ko dah banyak tanya wak pun nak bagitau..si mantul ni dah datang kat wak minggu lepas lagi..wak pun heran, tak order kok datang, bila dimintak2 x jugak datang….”

“…………”

“seng ngomong kuwi wong e koyo opo? Lanang opo wedok?”

“wong wedok wak, ayu tenan…pipi ne mentul-mentul! hahahhhahhahha”

Masa tu gue mimpi ‘awek’ tu datang, masa kat kampung..time tu tertidur kat bawah rumah..tetiba lak dia ni duk kat kerusi plastik yg selalu bapak aku duduk sambil ngelenteng rokok petang2..rasanya banyak benda yang dia dok sembang tapi 2-3 point yang ingat…antaranya kayu mantul dan lagi 1…hahhaha…rahsia!

Dia sembang pun sama je mcm orang2 biasa Cuma yang aku dok perhatikan betul2 tang kerongsang kat baju dia tu…macam menarik betul, seakan-akan mutiara embun tapi cantik mcm mother of pearl.

Opss………….harith ajak p 7e jap..dah janji dari lepas Isyak tadi…………..

Yang aku peliknya time dia panggil nama aku tu mcm best je (kat kampung aku ada 2 nama, sedulur belah bapak panggil lain dan sedulur belah emak panggil lain)…mcm dah lama kenal lak, masa mula2 dia tegur tu aku ingatkan bibik aku yg datang..

“kapan balik yan?”

“pagi tadi…….(terkejut bila tengok akak/makcik/awek tu 1st time jumpa kan..lagi pelik sebab dalam mimpi leh terkejut! hahhahha)”

Bila dah pandang muka dia tu, langsung dah tak boleh bersuara dan bergerak…terpaku, terpesona…takut!!!!!! Tu yang gue pusatkan mata gue menghayati kerongsang mutiara tu, kang pandang tempat lain yang mentul2 tu..mau makan penampo lak! Nampak dah berumur tapi ……hahhahhahhaahha..bila dia cakap tu..suara dia x mcm dia duduk depan aku…kejap kuat, kejap slow, kejap kat depan , tepi , belakang…mcm surround system.

Ada la dia cakap dia dari mana dan lain-lain, cakap aku ni selalu tak berhati-hati (ora awas), cakap main lepas..benda2 mcm tu la…tapi kalau sekarang orang tanya aku, apa lagi dia cakap? Mmg aku tak ingat! Aku rasa benda-benda macam ni bukan semua kita boleh ingat..atau mmg sengaja tak nak aku ingat kot? So selepas cerita serba sikit pasal mana aku tau pasal kayu tu kat Wak Sarip, dia pun amik bekas rokok gulung dia tu..dia keluarkan 2 potong kayu putih sebesar duit 10sen, tebal sikit dari duit 50sen.

Bau kayu tu seakan bau kayu cendana putih tapi x la kuat sangat mungkin sebab dah bercampur ngan bau cengkih ngan tembakau Wak Sarip, walaupun dah dibalut ngan kertas timah rokok…hahahha..

“nah! Ni ada 2..tapi 1 bukan ko punya. Aku pun x tau sapa punya, wak tolong simpan je ni..tapi ada pengerasnya..bukan wak suka2 mintak..kalau x cukup duit bayar setengah dulu tapi kayu ni wak simpan dulu”

Dalam hati..mampus! kompom beratus2 ni…” berapa wak kalau nak tebus?”

“tiga puluh ringgit suku…..”

“ooo…..sekarang2 gak aku tebus wak!”

“nanti dulu…sebelum tebus, wak nak buang ‘budak’ yang melekat kat bahu ko ni dulu..”

“apa wak??? Budak melekat?”

“ loh! Ko x perasan ke? Ni kalau wak tengok dah dekat 2-3 bulan ni..dah ‘berakar’..kalau lama2 mau senget bahu ko nanti”

memang la bahu kanan aku ni pun dah sebulan 2 asyik sakit berdenyut2! Kadang2 rasa sengal dan lenguh mcm buat weightlifting 1000 kali, mmg asyik makan ubat tahan sakit je wak! Mana la aku tau ada benda melekat. Seperti biasa wak tu ‘tarik’..nampak mcm slow je dia genggam dan rentap, tapi rasa karen dia sampai ke hujung kaki!

Aku tanya wak tu, mcm ne benda tu boleh melekat?

“ko ada pergi tempat2 x senonoh ke kat kolompor sana?” “mana adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…………”

celaka betul! Baru aku teringat, 2-3 bulan lepas, aku ada pergi kedai urut thai kat kepong tu..kedai urut tu x tau la betul ke tak tapi aku temankan bos aku urut kaki je..pas tu bagi ikan kecik2 tu makan kulit kaki….itu jeeeeee!

Lepas tu aku dah serik nak p urut2 kaki kat tempat2 mcm tu…rupanya siap bagi extra hantu..bukan extra service!! Mula-mula aku ingatkan sebab effect aku urut kaki tu…kan saraf kita semua tertumpu kat tapak kaki kita..lama2 makin2 sakit, makin sakit…ponstan tu aku kunyah macam kuaci je..lepas settle ngan wak tu..bahu aku rasa ringan..mcm ada 1 beban yang hilang tiba2..petang tu banyak gak yang aku korek2 dari wak tu…tapi bukan bab ilmu dan amalan…..Cuma cerita2 biasa je..

2 comments:

  1. wak Ju, font kecik sgt i cant read....

    Ikhlas
    Kimorahakim@cari.com.my

    ReplyDelete
  2. siapa-siapa boleh ajar saya bahasa jawa tak? betul-betul nak belajar

    ReplyDelete