There was an error in this gadget

Friday, May 6, 2011

GONDORUWO....sambungan

lepas beramai2 solat isyak berjemaah (masa tgh solat tadi dari dlm rumah dengar kat luar tu berangin2 mcm nak hujan, bila keluar cantik je bulan kat langit tu) kitaorang pun kembali ke posisi menyandarkan diri kat beranda tu...kali ni aku cari port yg agak selamat...dekat ngan pintu.

"botak! ko p tambah bara ni kejap" tu...dia! aku gak kena, walhal budak 2 ekor ada je kat sebelah dia...bara tu bukan la jauh sangat..kat luar tepi beranda tu je bawah pokok mangga...tadi mula2 wat unggun api..bila aku kodek2 bara kayu tu masuk dalam bekas...FUUHH!! angin kuat lalu tepi aku, mmg kuat la sampai terbang sisa2 bara api tu...semangat!semangat!..pelan2 aku u-turn..

"hahahah...amacam kena? ko ingat ko duk jauh2 boleh lepas?" dalam hati memang menyumpah, hantu punya org tua ni...saja nak dajal aku rupanya! "ji, ko jaga anak2 ko jgn duk tepi tingkap, setan ni nak main kasar ni" anak2 bro meji ni mmg dari tadi dok ngintai kat tingkap tengok kita orang...tak sampai seminit pun..dum! dam! dum! dam! bumbung rumah tu kena baling ngan kulit durian ngan sabut kelapa...tau kulit derian sebab ada 1-2 jatuh depan beranda tu...bro meji kata benda tu baling dari belakang umah sebab sampah2 tu mmg ada kat tepi pokok bidara tu..kalau ikut jarak...agak jauh gak..kuat tul dia baling!

"ji, anak2 ko ada pergi main2 kat tapak umah lama tu x?" "ntah aku tak tanya la pulak! Aciiiiiiiiiiik! meh sini jap!" lepas soal siasat dan diugut kena ikat kat pokok mangga depan umah tu, si acik ni terketar2 .....cepat2 bro shukur pegang ibu jari dia...

"aheeeeeee aku x kacau ko!! dia yang amik barang aku!!!"
" sapa yg amik barang ko? cuba cakap! dia ni budak lagi la bodoh! mana dia tau tu barang ko! "
" aku x pedulik! dia yang amik!! kalau dia x bagi mcmmana aku nak balik?? aku dah sayang dia!!heeeeeeeeeeh.."
" apa yg dia amik? cakap!!!tuan ko mana? biar aku sepak2 tuan ko skang!!" "heeeeeeeeeeeeeeeeeh....cincin! cincin bini akuuuuu...cepattttt!!"

Untuk mengelakkan apa2 x elok kat si acik ni, bro shukur n bro ji cepat2 pulihkan semangat budak tu...sedar2 je dia terus nangis ..."takut! takut! dia nak cium acik (gegerl)" bila wife bro ji tanya budak tu elok2 bukan style nazi mcm bapak dia..baru dia p tunjuk sebentuk cincin belah rotan dalam sarung bantal dia..sekali lagi budak ni kejang2 satu badan! sekali lagi di pulihkan..rupanya dah seminggu budak ni jumpa cincin tu, siap cuci bersih2 simpan dalam bantal..mlm2 baru pakai sebab takut mak bapak dia nampak..lepas tu baru dia cerita..malam2 ada 'abang' peluk n temankan dia tidur, sembang2..tapi kalau nak pagi dia cepat2 nak balik..nak pergi masjid (celaka punya hantu!ayat power! berlagak alim pulak)

"oo..patut la aku tengok anak aku ni mcm x cukup tido je...kenapa la aku ni leh x nampak sebab apa!! cam ne ni kor?" "mcm ni jelah...dia ni x nak apa, bini dia dah lama mati tapi dah perjanjian dia kena duk dalam 'rumah' tu sampai berkarat terputus jadi dua baru dia leh cari bini lain...x pe boleh settle ni" x lama lepas tu..." jom! amik torch lite..buat sampan...kita hantar dia balik kampung!" so bergeraklah kitaorang cari upih kelapa (orang jawa panggil mancung), amik tanah sekepal (letak cincin tu dlm tanah)...

Tanpa banyak soal, jam 11.45pm tu kita orang bergerak ke pantai morib....dalam keheningan malam tu..belayar la sampan upih tu ngan hantu2 tu sekali ditelan kegelapan malam...lepas tu ingat nak balik KL terus, tapi apakan daya..wife bro ji dah awal2 masak itik masak kicap ngan sayur lemak nangka...so balik umah bro ji semula! hahahhhahha..

Masa lepas makan tu baru abg shukur cerita apa yg dia sembang ngan hantu tu tadi...mmg betul species Gondoruwo bukan hantu raya tapi ni dah dibela ngan bekas jiran bro ji ni dulu, laki dia yang bela..laki ni ada 2 bini, ngan bini yang kat banting ni ada anak tiri sorang...tapi laki ni selalu balik umah bini tua...bila dah gaduh2 nak minta cerai! mana boleh tinggal janda bergetah..dia upah la hantu ni sebagai ganti dia kalau2 dia x balik banting sbb x nak janda ni cari laki lain...lama2 janda ni pun makin teruk (sakit)...bahana terlalu selalu buat hubungan ngan hantu ni..rupanya dia pun tau tu bukan laki dia..tapi dah super sedap...layan je la!

Then dia lak buat perjanjian ngan hantu tu (untuk selamatkan orang lain), katanya kalau dia mati nanti hantu tu x leh ikut suami dia atau cari pompuan lain sampai cincin tu berkarat dan terbelah dua...punya la setia hantu tu duk dlm cincin tu sebab sayangkan janda tu.

Sampai rumah tu x tau la terbakar ke dipindahkan ngan anak janda tu ke...sampai la anak bro ji tu terjumpa atas tanah, dibersihkan dan dibawa balik..so hantu tu pun yg tengah gersang kononnya nak 'bela' budak tu sampai besar untuk dijadikan bini (time tu acik baru darjah 3). Di sebabkan emas sejenis logam yg x leh karat...so abg shukur hanyutkan la hantu tu ke tengah laut biar dia duk diam2 dalam tu..x kacau orang...sapa yg jumpa nasib la! HAHHAHHAHAHHA.......

sekian....punya lama aku type sampai kerja aku yg nak submit esok pun x siap lagi!!!!

AAAAAAAAAAAAAARRGH!!! hantu punya hantu!

No comments:

Post a Comment