Friday, May 6, 2011

GONDORUWO....

Teringat dulu masa jaman2 aktif, aku, abang shukur and the geng pergi ke satu lokasi di banting atas jemputan seorang sahabat lama abang shukur.. Dikesahkan Maji or Meji ni mengambil keputusan untuk duduk di kampung selepas anak2 dah habis sekolah, sebelum ni bro ni tinggal di AU3. Atas faktor kewangan dan sara hidup yg tinggi (kena vss), dia terpanggil untuk mengusahakan tanah kampung peninggalan arwah mak bapak dia...

bro ni pun nak kata x terer, dia pun terer la juga...takat hal kecik2 dia boleh kawtim tapi kalau dah sampai minta bantuan....bukan xde orang2 terer kat kg tu tp diapun baru je sebulan 2 duk situ...mana nak kenal sgt jiran tetangga...sebelah lot dia tu pun ada tangga je....rumah dah xde (tapak rumah tinggal). Bila sampai je rumah bro tu, tenang je rasa suasana kampung...bila dijemput masuk dalam umah pun tenang je....nyaman je...aku pelik kata ada gangguan tapi xde rasa apa2 pun..

so lepas lepak2, minum2...abg shukur bersuara "ji..tangki taik umah ko pecah ke? hehhehehe" "ko jgn main2 kor...setan ni la yg dok kaco aku ni..meh aku tunjuk" pergh!!..time tu baik punya bau telur tembelang menusuk kalbu....kita orang pun bergerak ke belakang umah..." ko tengok! semalam aku dah suruh anak aku buang, ni dia letak balik! *#@$!" tu....dia bangkai kucing dah berulat dan berlendir..mcm dah kena telan ngan ular sawa lepas tu dimuntahkan...loya tekak bila tengok lama2!

"ko tengok anak2 pokok pisang aku! habis jahanam! celaka punya setan!" ada la dekat 4-5 anak pisang tu patah setengah terkulai mcam kena karate..sesambil kitaorang berjalan2 kat kebun belakang umah tu...pelan2 bulu roma meremang, sampai je kat pokok bidara besar tu...aku dah rasa mcm stone! mamai...kacau ni! "bang! dia main kasar ni....rasa nak pitam ni" "ko tahan dulu botak...kat sini dia duduk (pokok bidara) kat situ je..nampak x kat atas tu?"....hahahha...series aku x nampak apa..si acad ngan jef beriya gak mendongak cari benda tu..x tau la nampak ke tak..."kor..aku nak tebang pokok ni, bukan ada hasil pun..tanam deyan lagi bagus..ko settle la malam ni gak"

lepas maghrib tu...ramai2 kitaorang melepak kat beranda bertemankan bara kemenyan ngan air teh 'o' panas sebaldi....shukur start proses fuh! fah! fuh! fah! seperti biasa aku, jef ngan acad jadi bekap, baca apa yg patut non-stop ayatul kursi dlm hati..buat pagar! lepas 15 minit berlalu terdengar bunyi mcm ada benda bersayap mengepak terbang dari belakang umah melintas bumbung beranda tu....cuak? mmg cuak....kalau dengar bunyi je dah boleh agak benda tu besar mana..mmg cuak..mana tau kalu dia landing kat laman depan kitaorang tu...x ke nanya!

"ha! lari pulak! tadi kata kuat sangat....." "kenapa ko x kejar kor" diaorang sempat gak wat lawak...aku nak nengok ke luar gelap tu pun senget2 bijik mata. "korang jgn berenti!" shukur bangun pas tu turun kat tengah2 laman...dekat seminit 2 dia bediri tegak...lepas tu bagi 2-3 penumbuk ke depan...dengar la dia jerit "haq! haq!" bila nampak dia susah payah mcm tarik something..bro meji pun azan kuat2! "ko cepat sangat ji! x sempat aku nak tangkap dia dah lari..." "besar ji...rileks jap...kang mlm kang dia balik sini gak..bg can dia panggil geng2 dia dulu" hahhahhhahahha..."korang rileks dulu tp jgn sampai putus zikir, ganti2..korang nampak x mende tu?" taakkkkkkkkkkkk..............

lepas abis sebatang rokok n secawan teh 'o'...."bang! tadi tu apa? gondoruwo ke?" "taik ko botak! kata x nampak, cerita sket apa ko nampak" "sy x la nampak ngan mata bang tapi sy nampak la..punya la besar hitam..muka macam kelawar ngan gigi berterabur, rambut mcm bob marley..tadi tu masa abang tarik rambut dia siap jengil2 mata merah " "ko ni pasal hantu2 jawa tau je...lain kali ko bagi 'mata' ko ni kat 2 ekor ni..bagi derang tengok!" "apahal lak kena mengena ngan jawa?"

Bersambung................

No comments:

Post a Comment