Warung Juragan Malam
Wednesday, December 19, 2012
cerita ajeee........
Friday, December 7, 2012
Sudahlah! aku nak balik!
Mimpi Indah Tu Apa?
Monday, July 18, 2011
Tuesday, June 21, 2011
Hahahaha....ada hantu!
Sebulan lebih yang lepas, gue ada pergi menghantar anak buah gue masuk hostel di jalan pudu. Apa kenamanya hostel tu? Fatahna Courts....
Monday, May 30, 2011
Tanam Uri....
berkenaan dengan adat istiadat tanam uri ni..ni adat nusantara kot..skang sapa yang ada duit banyak...dah x yah nak tanam2..simpan je dalam stemcell bank tu...berguna gak untuk masa depan..
" Mula-mula uri itu dibasuh bersih sehingga tiada darah yang tertinggal. Kemudian tempurung kelapa yang dicuci luar dan dalam dijadikan bekas mengisi uri itu.Tempurung yang telah berisi uri itu perlu dibungkus dengan kain putih dan diletakkan di dalam lubang yang digali di halaman rumah.Sebelum lubang dikambus, dietakkan paku, jarum dan asam keping yang diikat bersama dan ditanam sekali. barangan itu merupakan simbolik melindungi uri daripada dihurung ulat di dalam tanah. Tidak habis di situ, tradisi diteruskan dengan menghidupkan bara api di permukaan tanah tempat uri ditanam.Ia dipercayai mampu mengelakkan bayi mengalami kembung perut dan menangis sepanjang malam.Mereka percaya uri yang ditanam mempunyai ‘hubungan’ dengan kehidupan bayi yang baru lahir.Selain itu, uri akan dibungkus menggunakan sarung bantal terpakai dan sebatang paku. Amalan itu dipercayai akan mengurangkan masalah bayi menangis malam.
Namun begitu, penceramah bebas, Datuk Daud Che Ngah menolak perkaitan antara penanaman uri dengan masa depan atau nasib seseorang.Tiada kaitan antara kehidupan seseorang dengan uri wanita selepas bersalin.Namun, seelok-eloknya uri itu diuruskan dengan penghormatan yang tinggi,Katanya, uri memang perlu dibersihkan dengan air asam dan garam bagi menghilangkan bau dan kekotoran yang terlekat padanya agar tidak diselongkar oleh haiwan buas.Tambahnya lagi, uri adalah sebahagian daripada jasad manusia dan sepatutnya perlu kembali ke tempat asalnya iaitu tanah.“Uri dan manusia datang daripada tanah dan perlu kembali kepada tanah,” katanya merujuk kitab Tanbihul Ghafilin.Beliau turut memberitahu, bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang mengiringi upacara penanaman uri boleh dilakukan untuk memperoleh keberkatan. - adat tanam uri "
kalau kat kampung2 dulu, seingat gue... uri ni biasanya akan ditanam kat bawah umah ( kampung gue dulu2 semua rumah bertiang tinggi) dan ada juga yang ditanam diperdu pokok pisang..ada juga sesetengah orang kampung yang tanamkan anak kelapa kat atas tempat uri tu...senang nak kira umur anak ikut ketinggian pokok kelapa (haha) dan juga nak 'tengok' kesuburan atau kesugihan rejeki anak mereka ikut kesuburan pokok kelapa tersebut.
masa nak tanam uri ni, kena jaga tangan kita...kalau bapaknya pegang/jinjing uri tu pakai tangan kiri...nanti anaknya kidal...
bagi uri (telah dibersihkan) yang ditanam biasanya akan dipasangkan dimar pada waktu malam selama 7 malam dan diletakkan duri daun mengkuang (skang mana nak cari daun mengkuang, nak beli tikar mengkuang p je central market! so letak paku je)...
ada yang cuma letakkan duri tu atas tanah atau dililitkan pada serkap ayam..tujuan dipasang dimar untuk mengelakkan uri tersebut sejuk atau takut ada anjing liar korek tanah tu...duri mengkuang pulak untuk mengelakkan uri di curi atau dikacau oleh makhluk2 halus, terutamanya hantu penanggal yang suka makan uri bayi...baik untuk kecantikan kulit muka beliau..bila dia nampak duri tu, dia jadi takut sebab x nak tali perut serta organ2 lain tangle ngan duri tersebut..
kalau jaman dulu, kalau tanam uri ni, kalau lahir malam, malam tu juga kita tanam...ngan torclite ngan dimar..seram gak! walaupun bawah rumah sendiri..jiran sebelah umah tu dulu (duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu) , lepas je tanam uri...derang naik la nak tengok baby n wife....tetiba terdengar bunyik pompuan menjerit and benda berlanggar2 bawah umah...terkejut semua yang ada atas umah tu...termasuk la mbah paijem (bidan) tu...bila turun bawah tengok serkap ayam tu dah terpelanting jauh tapi tanah tu elok lagi....dengar la bunyik penanggal tu dok nangis atas pokok kekabu tu...so percubaan nak dapatkan uri tu gagal lah...hahha
so mlm tu juga mbah paijem buat pagar sket kat kawasan umah tu....dan kain2 bekas2 darah tu pun ditanam malam tu juga...sbb tau benda tu akan repeat!
kalau ikut kata kawan aku yang duduk kat mesir tu...uri2 ni derang x tanam pun...main campak dalam sungai nil je....wallahualam!
pasal benda agah2 tu..mcm2 pendapat ada...ada yang kata nampak hantu setan..tapi ikut kata sorang ustaz ni, ni semua gangguan jin yang dok mengacah budak tu..dan ada juga yang kata tu gangguan 'kakak'/kembar/uri dia tu....ada juga yang mengatakan baby tu tersenyum sebab dutunjukkan balasan syurga kalau dia pilih jadi ahli syurga dan muka masam/takut/meluat sebab ditunjukkan balasan neraka jika dia pilih jadi ahli neraka dan muka series gaban sebab ditunjukkan segala beban dan masalah dunia yg bakal dia hadapi..wallahualam sebab pakar2 baby pun x leh nak jawab...secara saintifik tu semua ...tindakan refleks baby nak control motion and reaction dia...
kalau uri bayi laki biasanya ditanam jauh dari umah (perdu pokok pisang) sbb tak nak nanti besar jadi pemalas! nak duk kat umah je!..kalau pompuan dekat bawah umah sbb xnak nanti besar jadi minah rempit, kuar malam2!
Tuesday, May 10, 2011
Kayu Mantul
Cerita pasal kayu ni, teringat dulu masa balik kampung jumpa Wak Sarip (hahhaha…Bro Mie, ingat x?) bertanyakan pasal sejenis kayu ni yang mengikut kata bijak pandai kayu mantul (bukan mentul! Kalau mentul2 tu lain jadinya!) ni boleh dijadikan azimat atau tangkal atau barang tempelan untuk mengelakkan diri dari terkena sihir dan pebuatan hasad dengki orang..dengan cara memantulkan semula benda2 jahat tu kepada si pengirim..
Setelah 2-3 kali bertanyakan pasal kayu ni, Wak Sarip yang mula2 mengelat nak bagitau…..last2 dia tanya kat aku…(setelah di translate dari bahasa jawa)
”kok di takon2…mana ko tau pasal kayu ni? Sapa yang bagi tau?”
“ada la wak…’kawan’”
“banyak la ko punya kawan, wak kalau ko saja nak tanya2 ni wak malas nak jawab..nanti ko cakap mengarut! Tapi sebab ko dah banyak tanya wak pun nak bagitau..si mantul ni dah datang kat wak minggu lepas lagi..wak pun heran, tak order kok datang, bila dimintak2 x jugak datang….”
“…………”
“seng ngomong kuwi wong e koyo opo? Lanang opo wedok?”
“wong wedok wak, ayu tenan…pipi ne mentul-mentul! hahahhhahhahha”
Masa tu gue mimpi ‘awek’ tu datang, masa kat kampung..time tu tertidur kat bawah rumah..tetiba lak dia ni duk kat kerusi plastik yg selalu bapak aku duduk sambil ngelenteng rokok petang2..rasanya banyak benda yang dia dok sembang tapi 2-3 point yang ingat…antaranya kayu mantul dan lagi 1…hahhaha…rahsia!
Dia sembang pun sama je mcm orang2 biasa Cuma yang aku dok perhatikan betul2 tang kerongsang kat baju dia tu…macam menarik betul, seakan-akan mutiara embun tapi cantik mcm mother of pearl.
Opss………….harith ajak p 7e jap..dah janji dari lepas Isyak tadi…………..
Yang aku peliknya time dia panggil nama aku tu mcm best je (kat kampung aku ada 2 nama, sedulur belah bapak panggil lain dan sedulur belah emak panggil lain)…mcm dah lama kenal lak, masa mula2 dia tegur tu aku ingatkan bibik aku yg datang..
“kapan balik yan?”
“pagi tadi…….(terkejut bila tengok akak/makcik/awek tu 1st time jumpa kan..lagi pelik sebab dalam mimpi leh terkejut! hahhahha)”
Bila dah pandang muka dia tu, langsung dah tak boleh bersuara dan bergerak…terpaku, terpesona…takut!!!!!! Tu yang gue pusatkan mata gue menghayati kerongsang mutiara tu, kang pandang tempat lain yang mentul2 tu..mau makan penampo lak! Nampak dah berumur tapi ……hahhahhahhaahha..bila dia cakap tu..suara dia x mcm dia duduk depan aku…kejap kuat, kejap slow, kejap kat depan , tepi , belakang…mcm surround system.
Ada la dia cakap dia dari mana dan lain-lain, cakap aku ni selalu tak berhati-hati (ora awas), cakap main lepas..benda2 mcm tu la…tapi kalau sekarang orang tanya aku, apa lagi dia cakap? Mmg aku tak ingat! Aku rasa benda-benda macam ni bukan semua kita boleh ingat..atau mmg sengaja tak nak aku ingat kot? So selepas cerita serba sikit pasal mana aku tau pasal kayu tu kat Wak Sarip, dia pun amik bekas rokok gulung dia tu..dia keluarkan 2 potong kayu putih sebesar duit 10sen, tebal sikit dari duit 50sen.
Bau kayu tu seakan bau kayu cendana putih tapi x la kuat sangat mungkin sebab dah bercampur ngan bau cengkih ngan tembakau Wak Sarip, walaupun dah dibalut ngan kertas timah rokok…hahahha..
“nah! Ni ada 2..tapi 1 bukan ko punya. Aku pun x tau sapa punya, wak tolong simpan je ni..tapi ada pengerasnya..bukan wak suka2 mintak..kalau x cukup duit bayar setengah dulu tapi kayu ni wak simpan dulu”
Dalam hati..mampus! kompom beratus2 ni…” berapa wak kalau nak tebus?”
“tiga puluh ringgit suku…..”
“ooo…..sekarang2 gak aku tebus wak!”
“nanti dulu…sebelum tebus, wak nak buang ‘budak’ yang melekat kat bahu ko ni dulu..”
“apa wak??? Budak melekat?”
“ loh! Ko x perasan ke? Ni kalau wak tengok dah dekat 2-3 bulan ni..dah ‘berakar’..kalau lama2 mau senget bahu ko nanti”
memang la bahu kanan aku ni pun dah sebulan 2 asyik sakit berdenyut2! Kadang2 rasa sengal dan lenguh mcm buat weightlifting 1000 kali, mmg asyik makan ubat tahan sakit je wak! Mana la aku tau ada benda melekat. Seperti biasa wak tu ‘tarik’..nampak mcm slow je dia genggam dan rentap, tapi rasa karen dia sampai ke hujung kaki!
Aku tanya wak tu, mcm ne benda tu boleh melekat?
“ko ada pergi tempat2 x senonoh ke kat kolompor sana?” “mana adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…………”
celaka betul! Baru aku teringat, 2-3 bulan lepas, aku ada pergi kedai urut thai kat kepong tu..kedai urut tu x tau la betul ke tak tapi aku temankan bos aku urut kaki je..pas tu bagi ikan kecik2 tu makan kulit kaki….itu jeeeeee!
Lepas tu aku dah serik nak p urut2 kaki kat tempat2 mcm tu…rupanya siap bagi extra hantu..bukan extra service!! Mula-mula aku ingatkan sebab effect aku urut kaki tu…kan saraf kita semua tertumpu kat tapak kaki kita..lama2 makin2 sakit, makin sakit…ponstan tu aku kunyah macam kuaci je..lepas settle ngan wak tu..bahu aku rasa ringan..mcm ada 1 beban yang hilang tiba2..petang tu banyak gak yang aku korek2 dari wak tu…tapi bukan bab ilmu dan amalan…..Cuma cerita2 biasa je..
Friday, May 6, 2011
GONDORUWO....sambungan
GONDORUWO....
Saturday, January 1, 2011
cublek-cublek suweng
suwenge ting gelenter
Mambu ketudhung gudhel
Pak Gempong lera lere
Sapa ngguyu ndelikake
Sir sir pong dele gosong
Sir sir pong dele gosong
Kelibat
kenapa lah aku suka buat cerita-cerita mcam ni time dekat-dekat maghrib, kul 3-4pagi.....
saja cari pasal?padan lah muka aku!
baru je tadi nak curi2 masa type cerita ni, tegah dok mengenang cerita2 lama....
ZASSS.....bayang2 hitam secara sopan lalu atau kepala aku...
sebab nak kata lampu kalimantang ni berkelip...mesti dia berkelip2
tapi ni bayang2 benda tu nampak bergerak lalu kat meja pc dan lantai opis ni..
opis ni lokasi dia kat bawah tanah..ala2 basement opis la..
2-3 hari lepas staff aku mencicit lari naik tangga sebab dia kata shelving kat bawah ni tetiba je bergegar..
2-3 minggu lepas, duit dalam peti besi ni tetiba je kurang..
malam sebelum balik staff yang bertugas dah kira ngan saksi..semuanya cukup
esok pagi aku kira kurang pulak...
dah puas aku tanya semua orang dan dah puas aku selongkar peti besi ni..
memang kurang pun...bukan sikit banyak la juga!
last2 aku suruh budak2 ni naik atas...biar aku kira sorang2!
bila dah duk sorang2....mulut lahanat ni pun start la maki hamun!
elok je aku buka semula peti besi tu,
nah! tuu dia! hahhahhahhaha...duit yang aku cari tadi, elok je duduk atas tu..
aku panggil sorang staff aku turun bawah..
"ani, cuba ko kira lagi sekali duit ni..."
"cukup la bang, kan semalam dah kira memang cukup"
"bih 2 yang tadi aku kira ngan ko tu, cukup ke tak?"
" enda cukup ba..mana datangnya duit ni? aku takut la bang pian"
mencicit lari naik atas....aku gak yang kena tinggal sorang2.
masa bertugas kat times square dulu pun macam ni juga..
malam kira ok, pagi kira kurang...
petang kira ok, malam kira kurang.
sampai aku suruh budak2 tu susun duit tu atas lantai ikut nilai masing2...
bila check cctv mmg takde sapa pun usik duit dalam tu...
last2...
"masuk balik duit tu dalam peti..esok pagi je kira"
sambil tu dok membebel sorang2..sampai staff aku cakap aku suka membebel macam mak nenek..
bior ler macam mak nenek pun......kalau x cukup yang membayornya aku! bukan korang2 semua!
esok pagi, staff pagi kol.." semalam abang x masukkan duit dalam plastik ke?"
"cukup x duit dalam peti tu?"
"cukup..."
"ok..." sambung tidur....hahhahhha cukup pun!
pas tu bertugas kat central market, pun mcm tu....macam biskut..kejap ada kejap xde..
tapi ALhamdulillah...duit tu x hilang tapi mcm tu la.....bergurau pulak dia!
satu petang tu hujan lebat....patutnya aku dah balik tapi kena la tunggu hujan reda..
sementara tunggu hujan reda, aku ingat dah 100 kali aku tawaf dalam kedai tu...
sampai staff aku halau aku p duduk kedai mamak...panas telinga diaorang kena marah! muahahhahhha..
aku bukan marah.....itu semua nasihat!
kalau aku x nasihatkan korang..
nanti telinga aku lak yang bernanah kena laser ngan oragn atasan yang kaki ampu dan kipas tu...
aku mana la pandai kipas2 ni....
aku marah, aku santau je! muahahhhahhaha (santau tu haram disisi agama islam!)
bila aku berjalan dari 1 gondola ke 1 gondola...(gondola tu semua paras bahu aku je)
bila nak sampai ke gondola yang last sekali..kat hujung gondola yg aku jalan tu.
aku terpandang sorang 'mamat' ni dok senyum sambil berjalan ke arah opis..
dalam hati, sapa lak mamat ni? aku pun senyum la juga...nak kata promoter or supplier dah lepas opis hour..
bila aku dah lepas gondola yang last tu..aku pandang kearah pintu opis..
x nampak pun mamat tu kat situ....aku jenguk kedalam yang ada si MOk je tengah susun paperwork.
aku tanya kat Pali, "li, mana mamat yang datang tadi?"
"mamat mana?"
"xkan ko tak nampak? dia lalu tepi ko tadi, pendek2 mcm mat pet"
(aku petik je, sbb pali mmg tengah buat keje kat gondola yang last tadi)
" biar betul ko chif?"
aku jerit kat sorang staff lagi. si wan.."wan! pintu!"
(signal calling aku kalau ada pencuri masuk kedai, so staff akan stand by kat pintu sambil pegang cota! hahhahhaa...
best pukul pencuri ni! pernah sekali, kitaorang kejar pencuri sampai kotaraya tapi pencuri tu x jumpa la, lesap!...
so kita orang sambung main pool setable kat atas tu.....hahhahha)
aku ngan pali pun berpecah, pusing 1 kedai...
si wan pas keje 'jaga' dia kat jaga nepal yang baru balik dari toilet..
"apa? apa? mana pencurik?hahahha..." si wan sengal ni datang ngan kelam kabut seluar mr bean dia tu...hahhahha
" dia ni la! kata nampak pencuri!"
"aku x kata pencuri pun...aku cakap mamat pendek2 je"
3-3 lari masuk dalam opis, replay cctv..
mmg nampak dalam cctv tu aku stop and senyum ke arah kiri aku..dalam cctv tu pun nampak pali tengah buat kerja..
mamat tu kompom x nampak....tapi kat sebelah pali (tempat yg sepatutnya mamat tu lalu) lantai tu nampak lain, kabur..
nampak mcm ada 1 entiti yang agak transparent lalu kat situ..
so...bila aku tunjuk tu...baru la diaorang tergamam, si MOK dah bising2 sebab malam tu yang closing semua gegerl..
bila dah nampak tu, baru dia orang sibuk nak replay slot yang lama2 yang aku tunjuk kat dia orang....
padan muka..itu hari aku tunjuk 'benda' hitam yang dok terbang lalu depan cctv tu, korang kata lalat terbang lalu depan lense la..
aku tunjuk benda putih terbang kat depan cctv , korang kata "habuk tuuuuu...."
skang dah nampak....padan muka!
satu petang tu, aku tengah buat keje kat opis tu, ngadap pc...
kat hujung opis tu tempat khas kitaorang makan dalam opis..
bukan selesa sangat pun, belakang kotak2 je..patut x boleh makan dalam opis...
tapi kalu suruh makan kat luar, selalu aku terlajak sampai 2-3jam....hahahhhahha
sebelum2 tu aku dah pesan kat budak2 ni, lepas makan kemas...
jgn tinggalkan sisa-sisa makanan..tulang2 semua terus buang ke tong sampah alam flora tu..tapi korang degil!
aku terdengar la bunyik something bergerak2 kat situ..dari celah kotak2 tu..
aku nampak ada pompuan nampak gaya tengah khusyuk makan..kruup! kraap!..
aku kata pompuan sebba aku nampak rambut dia yang panjang tu je..
bila aku tengok kat monitor cctv aku, tempat tu agak terhalang..
nak kata staff, semua staff aku pakai tudung. nak kata amoi merchandiser ..
amoi yg rambut panjang yang selalu aku paw teh ais tu pun dah balik!
last2 aku amik stapler....bismillah..aku baling kearah benda tu...
aku dah tak nampak pun benda tu...bunyik pun xde!
kalu orang mesti dah menjerit terkejut..
bila si pali masuk opis nak filing paperwork, dia tanya mana stapler..
"aku dah campak!" sambil tunjuk pakai mulut je..
"rosak ke?"
"x leh pakai..x rosak pun"
dia pun gigih la p kutip stapler tu..
"sapa yang makan x buang ni? sengal la!"
aku pun bangun la tengok....tulang2 ayam budak2 yg makan lunch tadi bersepah atas kotak tu..
dalam kepala aku...aku terbayang 'dia' tengah jenguk kitaorang dari tingkat atas pintu tu...
esoknya aku cerita kat budak2 ni...sambil tu si wan replay balik scene yang aku baling stapler tu...
mmg nampak kotak yang atas sekali sebelah pintu blakang tu bergerak mcm kena langgar...
mungkin benda tu kelam kabut keluar sbb terkejut kena baling ngan stapler....
lepas tu..sapa makan cepat2 buang dalam tong sampah..
tu pun aku yang dipersalah kan...
"tu lah bos! yang bos p buat (kaler) mata camelia (poster iklan pantene kot) tu kaler merah watper?
saya nak buang sampah mlm2 pun takut!" kata2 ikhlas dari si as..pengkid yang comel!
Wednesday, December 29, 2010
kadang-kadang aku rasa macam nak gila....
masa ni aku duk kat flat pkns, kelana jaya...
Hantu? mana hantu?...nyambung lagi..
bila dah lama (dalam 6bulan) join tabligh tu, aku jadi konpius dan tertekan gile!
semua benda aku tengok semuanya haram, mcm nak lempang je semua manusia2 yang ada depan muka aku tu
sampai ada satu masa tu aku dah nak register untuk join tentera fisabilillah untuk syahid di bumi afghanistan
tapi perasaan yang membuak2 tu lama2 berkurangan
bila aku setiap masa ditazkirahkan oleh ustaz yang duduk sebelah rumah aku
dia pesan, x salah kalau nak berjihad tapi yang lebih afdal jihad untuk diri sendiri dulu..
aku pun x paham sangat tapi buat2 paham je la...
sebab aku rasa yang dok memberontak dalam diri aku tu bukan aku
bila ada satu malam tu aku ikut abang angkat (cedet) aku tu ke muar, johor
bukan aku yang nak berubat tapi wife dia (kak su) kena gatal2 satu badan
gatal 1 hal, kulit kaki ngan tangan naik bersisik macam ular tukar kulit
lepas dah jumpa klinik pakar itu ini pun x jalan, tu yang ke muar tu..
sampai je kat umah orang tua tu, akak angkat aku tu dah muntah darah hitam pekat
mata hitam dah naik keatas, badan kejang-kejang
aku ngan cedet papah dia masuk umah tu
dua-dua dah cuak! cedet dah gabra dan ajak aku bawak kak su p spital
nak cari spital kat celah mana tengah-tengah malam ni
kalu kat KL atau kelana jaya tu ok le lagi...tau la spital kat mana
yang peliknya masa kat dalam keta tadi kak su tiba2 je nangis teresak-esak
pas tu kejap2 rasa panas, buka aircond punya kuat pun dia kata panas..
aku yang menggigil kesejukan....orang jawa mana tahan sejuk! haha.
air minarel 1.5L tu aku rasa dia sekali tonggang je dah habis..
kak su suruh cedet buka tingkap, kat dalam x cukup sejuk..
bila buka tingkap, dia dok suakan muka dia keluar tingkap
dok gelak-gelak sambil buat bunyik..huuuuuuu.....huuuuuuuuuuuuuu
"cedet! tutup je la tingkap! kang dibuatnya 'dia' ni melompat kuar..naya je"
aku time tu x pandai bawak keta, so aku dok kat belakang la
sejak dari KL tadi sepanjang perjalanan aku x putus baca apa2 yang patut dibaca
aku baca dalam hati je...habis 1 cycle aku hembus kat kak su..
bila aku hembus tu...dia tanya " go, ko nyanyi apa tu? sedap la....nyanyi la kuat sikit"
bila masa lak aku nyanyi!!!
off topic jap...
dulu aku pakai banyak nama -
masa kat sekolah - wak mbek/kambing (malas mandi pagi)
masa kat kolej - habib (pian habib)
masa kat kelana jaya - abango/GO
masa kat hartamas - ciko/chief/ botak toscana/ botak (sampai sekarang)
masa kat gombak - botak/ juragan (sempena nama ayah angkat aku) / ustut (hahhah! mak angkat aku bagi nama ni)
masa kat damansara - bro BO/ botak/ BEN
masa kini - botak/ pian / bang bo/ baru2 ni ada lak yang letak nama aku wak jue (wak jue tu nama bapak aku ler...)
masuk2 je kat rumah orang tua tu (nama x ingat...panggil pak ali je la), kak su sedar semula...
ditolaknya aku ngan cedet! cepat dia meraung2 lari kearah pintu...
pak ali tepuk kaki dia ke lantai sambil jerit...HAAAQ!!
time tu sama ada kak su dah terpaku kat depan pintu
sebab pak ali atau pun sebab kitaorang dah tangkap dia x dapat dipastikan..
pak ali bentangkan kain putih atas lantai ruang tamu..
"baringkan dia kat sini, dah x boleh lari dah tu...dah teruk macam ni baru nak berubat. aku nak solat kejap"
masa pak ali tengah solat tu, kak su tiba2 duduk...
dia cabutnya kain tudung, ketepek! kena muka cedet..
"ni apa ni? x boleh pakai ni,api neraka!" suara dia berudah jadi garau dan kasar
"air! bagi aku air...." tiba2 jadi suara lembut, halus tapi still bukan suara kak su
pak ali datang ngan sebotol air, "nak air? nak minum la air zam-zam ni..sedap! dah siap isi ngan yasin ni..minum la"
kak su dok jengil2 kat pak ali...pak ali hulur air tu kat aku nan cedet.."hah! minum..baca selawat 2kali minum...bukan senang nak dapat...bla! bla! bla! bla!"
dah dekat 3-4minit membebel tapi membebel yang best2 la...dia mcm x peduli langsung kat kak su..
bila cedet nak tanya pasal kak su...pak ali bagi signal angkat tangan, tandanya kejap.....
"det! ko keje apa?"
"telekom"
"orang umah ni?"
"belajar lagi kat uia"
"yang ni (aku ler tu) sapa? adik?"
"kawan, duk serumah"
lepas sessi soal jawab yang agak lebih kurang, pak ali tanya aku...
"sakit apa akak ko ni, yan?'
"rasanya kena bisa santau tapi rasanya benda yang hantar santau ni pulak xnak balik"
" sipi2 la tu....ni orang kata tuju2, elok lak time setan tu hantar tuju2 tu...mungkin dia ni 'kotor'..satu platun la dia panggil main dalam tu"
"InsyaALLAH.....boleh selesai malam ni tapi semua ni bukan kuasa kita, kita cuba dulu"
pak ali amik mangkuk putih, di belah2 nya limau purut tu, lepas tu dia letak tepi
setelah kak su diazankan 2-3 kali dan di bacakan ayat2 tertentu...kak su terus menggila!
dicakar2 ngan lantai, disepak2nya cedet yang tengah dok pegang kaki dia..
aku tengok je sambil sandar kat lantai..mana leh pegang! bukan muhrim, haram! hahahhhaha
aku tolong gak sikit2..itu pun masa mula2 tadi pak ali tetiba cakap ngan aku..sambil senyum
"kalau kita boleh buat, sama2 kita buat"
aku pun secara otomatik jawab, "InsyALLAH. dari tadi dah mula"
lepas tu jadi blur.....apa hal lak aku jawab macam tu?????????????
Hantu? mana hantu?...yok nyambung...
lama-lama aku rasa mcm ayat tu dah meresap dalam jiwa dan hati aku,
Tuesday, December 28, 2010
Hantu? mana hantu?
Pernah tak korang semua tengok hantu? apa hantu tu? selain daripada hantu,
apa lagi yang korang dah pernah tengok dan nampak dengan mata kepala korang sendiri?
jin? bunian? jembalang?makhluk pelik?
bukan yang jenis merasuk orang ataupun dalam bentuk bunyi-bunyian.
bertuah atau pun kurang bernasib baik?
kita je yang boleh jawab dan tentukan..sebab itu pengalaman kita sendiri.
ada sesetengah orang suka bercerita pengalaman tersebut dengan orang lain dan ada sesetengah orang tak suka bercerita..
mungkin dia tak nak takutkan orang lain
mungkin dia takut dilabel penipu dan sebagainya
mungkin dia dia terlampau takut untuk dan benda tu menghantui hidup dia?
wallahu'alam...
ada orang cakap untuk nampak benda-benda ni ada macam-macam cara dan petua
cthnya sapu air mata anjing kat mata kita (HARAM TUU!!)
amik cebisan keranda, bakar jadikan abu dan sapu kat mata/kening
cukur kening mata..
duduk bawah rumah orang meninggal or tempat jirusan air mayat tu jatuh
tunggu kat tempat uri bayi ditanam....dan macam-macam lagi.
dan ada juga yang secara semulajadi
cthnya kalau ikut kepercayaan orang cina/ penganut buddha...mata ketiga
dalam keadaan fana, masa meditasi, bersuluk atau bertapa
in the wrong place at the wrong time pun boleh jadi juga
ataupun mmg time makhluk-makhluk tu nak tunjukkan jasad dia..
dan macam-macam lagi..
dan satu lagi yang kurang popular...melalui amalan-amalan yang tertentu
cthnya ayat-ayat pemujaan dan zikir-zikir tertentu...wallahu'alam
kisahnya....pernah terjadi kat aku masa bujang dulu...
masa tu aku duk kat persiaran gurney off jalan gurney, kl
satu hari yang mulia tu aku pergi lunch dekat gerai sebelah petronas jalan raja muda aziz
sekarang gerai tu dah xde rasanya..
disebabkan gerai tu takde tandas..maka untuk segala urusan rasmi kena pergi ke tandas petronas tu
bila lepas selesai melepaskan hajat, aku terjumpa satu wallet kata atas tempat flush
tanpa rasa bersalah aku pun ambil dan belek-belek wallet tu..
xde duit pun, maybe pickpocket punya kerja ni...
yang ada 2-3 keping tiket bas mini, calendar kecik dan yang menarik perhatian aku..
sekeping kertas yang dilipat dan diselit kat dalam wallet tu..
bila aku buka kertas tu, terpampang sepotong ayat tulisan jawi..
time tu aku ingat maybe ayat al quran yang dijadikan azimat
aku letak semula wallet tu kat tempat yang aku jumpa tadi dan kertas tu aku amik..
sampai kat gerai makan, aku cuba baca ayat tu...sekali, dua kali, tiga kali
bukan apa, mana lah tau kot-kot aku pernah terbaca ayat tu kat surah mana2 ke...apa ke
tak de apa pun jadi, bila kawan aku tegur. baru aku tersedar dan tiba-tiba rasa dunia ni berpusing
pandangan jadi kabur dan macam ada percikan-percikan cahaya terang mcm orang tengah amik gambar..
sejak dari tu, aku rasa hati aku ni tak berhenti dok baca ayat tu..dah jadi macam 1 zikir amalan tiap-tiap hari
lama-lama aku rasa macam ada something wrong...
sebab bila duduk kat kedai makan ke, kedai kopi ke..orang tengok aku semacam..
lebih-lebih lagi orang tua-tua yang tangan penuh dengan cincin batu ntah hapa2 tu..
bila aku tengok balik, ada yang senyum ada yang cepat-cepat tengok tempat lain
aku yang jadi takut, takut otai-otai ni belasah aku..
ada satu hari tu, aku makan malam kat pasar keramat...kedai makan yang banyak2 tu.
ada otai2 ni tengah buat meeting kat sebelah meja aku...
aku perasan lah juga ada sorang pakcik ni dok jeling2 kat aku..
dah lapar..aku buat kering je la..
budak yang bawa air tu sampai dengan air yang kitaorang pesan dan 2-3 air untuk meja lain..
bila dia nak bagi air kat meja kitaorang....pang! tumpah...
agak kecoh la juga sebab otai2 tu dah mula bising2
budak tu bawak lagi sekali..tak sampai meja kitaorang..pang! tumpah lagi,,kali ni dia terpijak anak kucing
kali ke tiga, dia bawak pakai tangan je...dan tak pakai tray.
akhirnya sampai gak air milo aku..
elok je aku nak sedut...
nah!! aku nampak mcam ekor kucing hitam dok tergodek2 dalam air milo tu!
aku tengok kawan aku tu sedap je sedut air teh ais dia..
dia ajak pilih lauk...aku pulak dok godek2 air aku..betul ke apa yang aku nampak tadi?
aku bagitau kat budak acik tu...
"Jom la p makan kat au3"
"isk! gile..dah order air ni, apa kes?"
"panas.."
"o...jom la"
elok je lepas kita orang bayar air yang x aku sentuh dan x minum tu...
sorang brader ni (dari meja sebelah) halang kitaorang kat moto..
acik dah cuak sebab kat moto dia ada 'barang' dan masa aku cakap 'panas' tadipun dia ingat ada otek usha kitaorang
brader tu tepuk2 bahu aku ajak p table diaorang
macam2 kat kepala otak aku time...mampus la kena paw ke hapa ke
setau aku, aku tak pun usha2 table diaorang tadi
so aku ngan acik pun salam2 lah dengan pakcik2 kat ada kat table tu..
sampai kat pakcik yang dok usha2 aku tadi, dia gengggam tangan aku (dalam erti lain dia kunci tangan aku, sbb aku tau diaorang ni dari 1 pertubuhan tu dan aku bukan dari mana2 pertubuhan pun)
"maaf pak cik, saya x boleh buka, saya xde kunci"
"awak dari mana"
"saya dari sabak bernam"
"duduk dulu...sekarang duduk dekat keramat ni ke?"
"x pun, datang makan je..duduk kat jalan gurney tu.."
"pak cik ni ayahanda ****** dari pahang, ni semua sedara2 kita (aku angguk je la). sapa yang kacau awok tadi?"
"tak tau la pakcik....biarla, xde apa pun"
"orang meja hujung tu, dia dah jalan pun"
"oooo.."
lepas tu dia kenal-kenalkan kat otai-otai yang lain...puji kau itu ini
nak suruh masuk pertubuhan tu..
aku tolak elok2 aku belum bersedia lagi...sebab time tu orang cakap, kalau nak sekali masuk dah tak boleh keluar2 lagi..
ini pengalaman pertama...yang seterusnya....nanti nyambung...
Monday, December 27, 2010
Jangan Ikut Aku Balik!..
Pernah tak korang semua pergi berkelah, mandi manda di tepi laut, air terjun dan sungai-sungai rekreasi? mesti pernah kan? tak lojik lah kalau tak pernah....